Wednesday, April 29, 2009

SportsLink_Formula One...Vodafone McLaren Mercedes Dihukum FIA...

Aksi perlumbaan Formula One utk 3 perlumbaan yg akan berlangsung selepas ini iaitu di Litar Catalunya, Sepanyol; Litar Monaco, Monaco dan Litar Istanbul, Turki akan menyaksikan ketiadaan Lewis Hamilton dan Heikki Kovalainen akibat penggantungan pasukan Vodafone McLaren Mercedes setelah dihukum oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA)...


Hukuman itu dikenakan terhadap pasukan McLaren setelah badan pemotoran antarabangsa berkenaan bersidang di Perancis pd 29 April 2009... McLaren telah didapati bersalah memberikan maklumat yg tidak tepat kpd pegawai perlumbaan ketika perlumbaan di Litar Albert Park, Australia yg juga merupakan perlumbaan pembuka tirai musim 2009 yg telah dimenangi oleh Jenson Button dari pasukan BrawnGP...

Keputusan penggantungan daripada 3 perlumbaan ini akan menyaksikan pasukan McLaren akan terus ketinggalan setelah gagal menampilkan persembahan yg cemerlang dlm 4 perlumbaan yg telah berlangsung... Daripada 4 perlumbaan tersebut, McLaren hanya mampu mengutip 13 mata utk berada di tangga ke-4 di belakang BrawnGP (50 mata), Red Bull (27.5 mata) dan Toyota (26.5 mata)... Dan bagi kategori pemandu, Hamilton kini di kedudukan ke-7 dgn 9 mata manakala Kovalainen pula di kedudukan ke-10 dgn 4 mata...



Berdasarkan keputusan ini, pasukan Renault melalui Fernando Alonso dan Nelson Piquet yg memiliki 5 mata, pasukan BMW Sauber melalui Nico Rosberg dan Nick Heidfeld yg memiliki 4 mata malahan pasukan Scuderia Torro Rosso melalui Sebastian Buemi dan Sebastian Bourdais yg turut memiliki 4 mata, dijangka akan mengatasi pasukan McLaren selepas 3 perlumbaan berikutnya ini berakhir... Sama2 kita nantikan kejutan seterusnya dari Catalunya...

2 Comments:

At Thursday, April 30, 2009 7:34:00 AM , Blogger mizie's life said...

penggantungan McLaren ditangguhkan rasenya...

 
At Sunday, June 28, 2009 1:21:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

dlu minat jgak f1...tp separuh jln je...huhuu..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home