Sunday, August 23, 2009

SportsLink_BrawnGP...Continue da Domination...


Perlumbaan Formula 1 siri ke-11 berlangsung di Litar Valencia menyaksikan 2009 Formula 1 Telefonica Grand Prix of Europe dikuasai oleh Rubens Barrichello dari pasukan BrawnGP... Tempat kedua dimiliki oleh Lewis Hamilton dari pasukan McLaren Mercedes mengatasi cabaran Kimi Raikkonen dari Ferrari untuk tempat ketiga...


Rakan sepasukan Hamilton, Heikki Kovalainen menduduki tempat keempat diikuti Nico Rosberg dari Williams dan juga Fernando Alonso dari Renault... Tempat ketujuh bagi perlumbaan di Valencia ini dimiliki oleh pendahulu keseluruhan pada ketika ini iaitu Jenson Button diikuti tempat kelapan oleh Robert Kubica dari BMW-Sauber...




Selepas perlumbaan GP Eropah di Valencia ini, Button terus mengusai carta dengan memperoleh 72 mata diikuti oleh Barrichello yang memperoleh 54 mata dan diekori rapat oleh Mark Webber yang mengutip 51.5 mata... Vettel di kedudukan keempat dengan 47 mata diikuti oleh Rosberg dengan 29.5 mata dan diekori oleh Hamilton dengan 27 mata...


Bagi kedudukan keseluruhan pengeluar, BrawnGP terus di hadapan dengan 126 mata diikuti Red Bull dengan 98.5 mata dan Ferrari dengan 46 mata... McLaren Mercedes berada di tempat keempat dengan 41 mata diekori oleh Toyota di kedudukan kelima dengan 38.5 mata dan Williams dengan 29.5 mata... Renault berada di kedudukan ketujuh dengan 16 mata diikuti BMW-Sauber dengan 9 mata dan Torro-Rosso dengan 5 mata... Hanya pasukan Force-India Mercedes sahaja yang belum mampu meraih sebarang mata musim ini...


Selepas ini, perlumbaan Formula 1 akan diteruskan dengan perlumbaan ke-12 yang akan berlangsung di Litar Spa-Francorchamps bagi 2009 Formula 1 ING Belgian Grand Prix yang akan berlangsung pada 28 Ogos 2009 sehingga 30 Ogos 2009...

6 Comments:

At Sunday, August 23, 2009 7:48:00 AM , Anonymous Anonymous said...

yey Kimi!!!!

 
At Sunday, August 23, 2009 3:11:00 PM , Blogger mizie's life said...

nampaknya da Flying Finn tu mula mengorak langkah ek...tp i still believe diz season will be controlled by BrawnGP and Red Bull...

 
At Monday, August 24, 2009 9:02:00 PM , Blogger gjiEsaLim said...

mizie..letok la shoutbox kat tepi tu..leh gok sembang2 disitu,,,

 
At Monday, August 24, 2009 11:56:00 PM , Blogger mizie's life said...

dopleh nak add shoutbox tu gjieweh...hehe...ader problem nape dop au ngn template nie eh...

 
At Wednesday, August 26, 2009 12:41:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

gjie nak sembang ngan mizie jer...kat blog hannah mana de dia suggest camni..hihii

 
At Wednesday, August 26, 2009 11:16:00 PM , Blogger mizie's life said...

hikhik iyolah tu...ada2 jer...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home