Monday, August 31, 2009

LifestyleFashionista_Alhamdulillah...Selamat Hari Kebangsaan ke-52...


Alhamdulillah... Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana setelah 52 tahun berlalu, negara kita masih dilimpahi dengan kemewahan dan juga nikmat kemerdekaan dari dijajah oleh mana2 kuasa yang cukup rakus untuk memerintah dan menguasai negara lain... Setelah pelbagai jerit - perih yang dilalui oleh tokoh2 kemerdekaan negara kita bagimemastikan kita dapat hidup aman dan makmur, kita sebagai generasi pascamerdeka seharusnya lebih bertimbangrasa dan berterima kasih terhadap pengorbanan yang telah dilakukan oleh generasi sebelum merdeka... Kemerdekaan yang kita kecapi dari penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957 amat2lah berharga untuk kita bandingkan dengan segala apa yang ada... Portugis, Belanda, Jepun dan juga Inggeris telah menguasai golongan2 terdahulu di negara kita selama 446 tahun bermula dari kejatuhan Empayar Melayu Melaka kepada Portugis yang diketuai oleh Lopez de Sequiera dan Alfonso d'Albuquerque...


Tahun 2009, '1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' telah dipilih sebagai tema untuk Hari Kebangsaan kali ke-52 yang dilangsungkan di Dataran Parlimen pada 31 Ogos 2009... Acara sambutan tahun ini diadakan secara sederhana di Dataran Parlimen akibat penularan Influenza A H1N1 yang merunsingkan seluruh rakyat Malaysia... Demi memastikan rakyat berada dalam keadaan selamat dan sejahtera, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk mengadakan acara sambutan secara tertutup... Majlis sambutan ini turut disempurnakan lagi dengan kehadiran Yang Dipertuan Agong, Al - Wathiqu Billah Tuanku Mizan Almarhum Sultan Mahmud Al - Muktafi Billah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nurzahirah... Majlis ini juga dihadiri oleh YAB Perdana Menteri dan isteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan isteri serta barisan jemaah Menteri dan isteri masing2 serta Timbalan2 Menteri dan isteri masing2...


Bagi saya sebagai generasi pascamerdeka, kehidupan ini haruslah bertunjangkan pengorbanan yang telah dilakukan oleh generasi sebelum kita... Kita harus menghargai nikmat kemerdekaan ini secara total kerana segalanya akan hilang dan lenyap jika kita tidak mampu untuk mempertahankan kemerdekaan ini dengan sebaiknya... Andai kita tidak mampu mengekalkan kemerdekaan ini, kita akan memusnahkan segala apa yang telah dikorbankan oleh nenek moyang kita sebelum ini... Jadi, bangkitlah wahai generasi muda... Bangkitlah dan sedarlah dari lamunan yang kita tidak akan sentiasa berada dalam keadaan senang dan bahagia... Kita juga harus bersedia untuk merentasi dan mengharungi segala masalah yang mendatang... Wahai generasi muda yang seusia denganku, sedarlah dari lamunan... Jangan kita sekali - kali menggadaikan nikmat kemerdekaan ini dengan mengutamakan kepentingan individu sahaja...


MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

11 Comments:

At Tuesday, September 01, 2009 9:52:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

Happy Merdeka Day...

 
At Wednesday, September 02, 2009 1:00:00 AM , Blogger mizie's life said...

Hepi Merdeka Day...da 52 tahun dah kan...

 
At Wednesday, September 02, 2009 1:19:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

yer2...makin lama makin hambar jer sambutan merdeka ni ekk...

 
At Wednesday, September 02, 2009 2:45:00 AM , Blogger mizie's life said...

tahun ney kan puasa...so kna ar buat secara sederhana...lagipun H1N1...

 
At Wednesday, September 02, 2009 6:36:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

mebi lar kot..tp kat kete pn takde jalur gemilang tahun ney...

 
At Wednesday, September 02, 2009 9:32:00 PM , Blogger mizie's life said...

kat kete awk yg xde jalur gemilang... kete sy xley letak pun...

 
At Wednesday, September 02, 2009 11:16:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

saya mane de kete...sya tgk kete2 kat jln raya laa.

 
At Wednesday, September 02, 2009 11:29:00 PM , Blogger mizie's life said...

ahakzz...ooo selame ney naek kuda ke

 
At Saturday, September 05, 2009 8:05:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

ekekekee...

 
At Wednesday, September 09, 2009 2:04:00 AM , Anonymous Anonymous said...

encik mizi...lama tak dgr biter..

 
At Wednesday, September 09, 2009 4:31:00 PM , Blogger mizie's life said...

ader jer nie...berita2 encik mizi sntiasa ader di blog...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home