Saturday, May 2, 2009

HealthySafety_Influenza A H1N1...Antara Wabak dan Kesedaran Sejagat...

April 2009 telah dikejutkan dgn penularan dan penyebaran wabak Influenza A H1N1 atau 'Swine Flu' dan juga lebih dikenali di Malaysia dgn Selsema Babi, di seluruh dunia terutamanya di negara2 Amerika Utara... Wabak yg bermula di negara Mexico pd minggu kedua terakhir April semakin di tahap yg membimbangkan sehingga pihak Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) terpaksa mengeluarkan amaran penyebaran wabak pd tahap 5 daripada 6 tahap yg telah digariskan...Namun yg demikian, daripada satu pengumuman yg terbaru drp pegawai tertinggi WHO, kemungkinan pihak WHO mengumumkan penyebaran wabak ini pd tahap 6 adalah tinggi...
Pada ketika ini (2/5/2009), terdapat 18 negara yg telah mengumumkan kes Influenza A H1N1 iaitu Mexico (473 kes), Amerika Syarikat (217 kes), Kanada (85 kes), Sepanyol (20 kes), United Kingdom (15 kes), Jerman (6 kes), New Zealand (4 kes), Israel (3 kes), masing-masing 2 kes di Perancis dan Costa Rica serta 1 kes di Korea Selatan, Switzerland, Itali, Hong Kong, Austria, Denmark, Ireland dan Belanda... Namun, hanya Mexico dan Amerika Syarikat yg mencatatkan kematian iaitu dgn 19 kematian dan 1 kematian... Walaupun wabak ini masih belum merebak ke negara di Asia Tenggara, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil langkah2 pencegahan awal dgn mengkuarantin penumpang pesawat2 yg berlepas dari negara yg mencatatkan kes penularan wabak Influenza A H1N1 berkenaan...
Sekali lagi wabak penyakit bawaan babi telah mencetuskan satu fenomena ketakutan yg luar biasa sebagaimana yg telah berlaku sekitar tahun 1999 dgn wabak Japanese Encephalitis (JE)... Walaupun Selsema Babi masih belum memasuki Malaysia, namun segala langkah keselamatan dan berjaga-jaga harus diambil sblm penyakit ini merebak kerana penyakit ini lebih mudah utk merebak hanya melalui pernafasan berbanding JE yg disebarkan melalui nyamuk yg memperoleh virus berkenaan drp babi yg digigit... Mungkinkah ini suatu bukti yg mengukuhkan lagi bahawa babi itu mesti dijauhi sebagaiman telah diharamkan bagi umat Islam...
Bagi semua, dinasihatkan utk menangguhkan terlebih dahulu perjalanan ke negara2 yg mempunyai kes ini sehingga pihak WHO mengumumkan sesuatu yg lebih positif agar kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga terus terpelihara...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home