Saturday, August 29, 2009

IslamicBaraqah_8 Ramadhan 1430...Mulai Berubah..???

Harini sudah menjengah hari ke-8 umat Islam di Malaysia berpuasa... Sudah lebih seminggu kita semua yang berkeupayaan dan tidak uzur berjaya mengharungi ibadah yang telah menjadi satu kewajiban kepada kita untuk ditunaikan sebagai salah satu Rukun Islam... Pada hari pertama, ke-2 dan ke-3 berpuasa, masjid di seluruh negara dipenuhi dengan jemaah yang bersungguh - sungguh untuk menghambakan diri kepada Yang Maha Esa...
Namun, setelah menjengah hari ke-8 berpuasa dan malam ke-9 berterawih, aku dapati bahawa semangat berkobar - kobar umat Islam untuk menunaikan solat terawih sudah mulai luntur apabila jumlah bilangan jemaah yang memenuhi saf2 di masjid2 mulai berkurangan dan surut... Apakah ini merupakan suatu fenomena dan trend yang akan berulang pada setiap tahun apabila puasa sudah memasuki minggu ke-2, orang kita akan mula beramai - ramai untuk memenuhi gedung2 membeli - belah, pasaraya dan mana2 pusat perniagaan untuk membeli keperluan sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri... Bagi kaum Hawa pula, jumlah jemaah juga berkurangan apabila dikatakan bahawa ramai di antara mereka sudah mulai sibuk dengan pelbagai jenis kuih - muih mahupun kek yang mahu dimasukkan di dalam oven mahupun ketuhar pembakar...
Di manakah kedudukan kita dan juga semangat kita untuk mengejar baraqah yang diturunkan oleh Allah S.W.T..? Ingatlah bahawa bulan Ramadhan hanya sekali dalam setahun... Apa kata jika kita semua menyiapkan persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum hadirnya Ramadhan al - Mubarak mahupun membeli - belah ketika siang hari pada bulan puasa ini... Jangan jadikan lapar dan dahaga sebagai alasan sedangkan apabila kita kenyang sekalipun, kita masih malas untuk beribadat kepada Yang Maha Berkuasa lagi Maha Menyayangi... Renungkanlah...

10 Comments:

At Tuesday, September 01, 2009 9:56:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

manusia di akhir zaman lebih mengejar duniawi sahaja...

 
At Wednesday, September 02, 2009 1:02:00 AM , Blogger mizie's life said...

dah biase sangat...tiap2 tahun macam tu...

 
At Wednesday, September 02, 2009 1:21:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

ooo...ye ker...tapi akhir2 ni lagi ketara...

 
At Wednesday, September 02, 2009 2:45:00 AM , Blogger mizie's life said...

yeke...tp macam same jer...

 
At Wednesday, September 02, 2009 6:37:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

yer2,sama..

 
At Wednesday, September 02, 2009 9:33:00 PM , Blogger mizie's life said...

hurmmm...ntahla aper nk jadi...

 
At Wednesday, September 02, 2009 11:20:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

bese laa,masing2 teruja sgt nop raya..

 
At Wednesday, September 02, 2009 11:30:00 PM , Blogger mizie's life said...

termasuk awak kan...hikhikhik

 
At Saturday, September 05, 2009 8:07:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

sya bese jer...kl msa kecik2 dlu mmg bes rya....sbb dapat banyak duet rya..hihii..

 
At Saturday, September 05, 2009 11:31:00 PM , Blogger mizie's life said...

dah tu diz year bg duit rayer tak

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home