Tuesday, August 25, 2009

PoliticScenario_N11 DUN Permatang Pasir...Angin Perubahan Masih Tidak Bertiup...


Pilihanraya Kecil N11 DUN Permatang Pasir yang terletak dalam P44 Permatang Pauh di Pulau Pinang tidak mampu menghadirkan angin perubahan apabila calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman tumpas kepada calon PAS iaitu Mohd Salleh Man... Keputusan pilihanraya berkenaan telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir iaitu Roslan Yahaya pada jam 7.35 malam...


Pada pilihanraya ini, Mohd Salleh menerima sebanyak 9,618 undi berbanding Rohaizat yang memperoleh sebanyak 5,067 undi... Dengan keputusan berkenaan, secara rasminya Mohd Salleh Man, 52 tahun dari PAS menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir yang baru...


73.1% pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing2 iaitu seramai 14,832 pengundi daripada jumlah keseluruhan 20,290 pengundi yang berdaftar bagi DUN Permatang Pasir ini...


Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir ini adalah pilihanraya kecil ke-8 selepas 7 Pilihanraya Kecil yang berlangsung di Parlimen Permatang Pauh (Pulau Pinang), Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu), Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau (Kedah), DUN Batang Air (Sarawak), DUN Penanti (Pulau Pinang) dan DUN Manek Urai (Kelantan)...



Pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang berlangsung pada 2008, N11 DUN Permatang Pasir telah dimenangi oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS dengan memperoleh 11,004 undi mengatasi Ahmad Sahar Shuib, calon Barisan Nasional yang hanya memperoleh 5,571 undi bagi menyaksikan majoriti sebanyak 5,433 undi...



Apakah mungkin akan ada lagi beberapa lagi pilihanraya kecil selepas ini..? Kita saksikan sahaja kerana sudah terdapat angin dan berita mungkin akan ada pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini... Hurmm banyak betol pilihanraya kecil selepas Pilihanraya Umum ke-12 ney... Namun ape yang sedikit menyedihkan adalah masih berlaku insiden kekecohan yang masih menunjukkan betapa rakyat negara kita masih kurang bertamadun apabila berurusan dengan sistem demokrasi negara iaitu pilihanraya...

4 Comments:

At Wednesday, August 26, 2009 12:14:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

pilihanraya kecil rata2 di menangi oleh pembangkang,ape agaknya nasib BN di pilihanraya ke 13 nnt...

 
At Wednesday, August 26, 2009 11:14:00 PM , Blogger mizie's life said...

dari 8 pilihanraya kecil, hanya 1 yg dimenangi Barisan Nasional iaitu di Batang Air, Sarawak...

 
At Friday, September 04, 2009 1:34:00 AM , Blogger mizie's life said...

Pilihanraya Kecil yang ke-9 akan diadakan... Ini berikutan ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan meninggal dunia pagi semalam... Nantikan sahaja pengumuman dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia...

 
At Sunday, September 13, 2009 9:59:00 PM , Blogger mizie's life said...

Proses penamaan calon N31 DUN Bagan Pinang akan diadakan pada 3 Oktober 2009 manakala Pilihanraya Kecil N31 DUN Bagan Pinang akan diadakan pada 11 Oktober 2009...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home