Wednesday, August 26, 2009

HobbyTwista...Zyra Safiya 2009...RASUK Mengujakan...

RASUK mengisahkan hubungan 4 orang remaja yang mempunyai sifat dan sikap tersendiri... 2 daripada mereka adalah lelaki, manakala 2 lagi adalah perempuan...
Syamsul, meminati Julia semenjak dari awal perkenalan mereka lagi... Namun begitu, Syamsul begitu takut menyatakan isi hatinya terhadap Julia sehinggakan Haikal, rakan baik Syamsul telah mendahului Syamsul dengan menyatakan rasa hatinya kepada Julia...
Namun yang demikian, Haikal pula telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terpaksa meninggalkan Julia yang menuntut di salah sebuah institusi tempatan... Perginya Haikal turut membawa hati Julia bersama sehinggakan Julia hanya mampu menganggap Syamsul sebagai sahabat sahaja walaupun ibu Julia sendiri sudah dapat mengagak isi hati Syamsul terhadap Julia...
Tempoh pembelajaran Haikal di luar negara telah menemukan beliau dengan Nurlisa, seorang gadis moden dan juga sofistikated yang begitu ego apabila memperkatakan tentang lelaki... Nurlisa seorang gadis yang cukup menawan yang mempunyai sifat tidak akan mengalah sehinggakan dia berjaya menawan hati lelaki yang dirasakan sepadan dengannya... Namun di sebaliknya, semua hubungan Nurlisa dengan lelaki yang dikenalinya akan ditamatkan oleh beliau sendiri apabila Nurlisa merasa bosan dengan mereka...
Namun, setelah mengenali Haikal dan walaupun mengetahui Haikal mempunyai teman wanita di Malaysia, Nurlisa tetap berkeras untuk memiliki Haikal... Sehinggakan Nurlisa sanggup melakukan apa sahaja untuk menawan Haikal...
Ada yang terkorban, ada yang mencabut nyawa sendiri, ada yang memulakan hidup baru... Pelbagai konflik, tragedi dan kisah yang wujud dalam RASUK dengan kekuatan 4 watak berkenaan dibantu dengan watak Puan Katrina, Encik Sidik, Puan Jamilah, Luqman, Shira, Farid dan lain2, novel RASUK ini amat menarik perhatian saya... Anda perlu mendapatkan RASUK untuk mengetahui keseluruhan ceritanya...
p/s : RASUK adalah novel yang paling lama dibaca akibat daripada kekangan masa yang dialami... Hehe...

17 Comments:

At Thursday, August 27, 2009 1:40:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

menarik jugak,biler boley pinjam ney=)

 
At Thursday, August 27, 2009 1:50:00 AM , Blogger mizie's life said...

biler2 aje pun da boley pinjam...

 
At Thursday, August 27, 2009 11:57:00 PM , Anonymous Anonymous said...

as 4 me, rasuk boring kalo nk dibandingkan dgn dua novel terdahulu dia..

 
At Friday, August 28, 2009 12:13:00 AM , Blogger mizie's life said...

memang tidak dinafikan SAKA TOK MUN dan DENDAM PEWARIS lebih menarik dari RASUK...saya turut merasakan yang RASUK terlalu meleret-leret dalam plot penyampaiannya...

 
At Friday, August 28, 2009 6:53:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

takpe,saya nak try baca dulu...bese la novel memang camtu...

 
At Friday, August 28, 2009 7:01:00 AM , Blogger mizie's life said...

2laaa...bler awk nk baca..? hehe..

 
At Tuesday, September 01, 2009 9:57:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

awak x kasi pinjam camne nak baca....

 
At Wednesday, September 02, 2009 1:05:00 AM , Blogger mizie's life said...

hehe...dah tu cmne ek nk bg ney...

 
At Wednesday, September 02, 2009 1:24:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

awak bese dating kat bandor ni kn,sggah ler kat ofis sya...ator novel jap.

 
At Wednesday, September 02, 2009 2:46:00 AM , Blogger mizie's life said...

pape jelah...

 
At Wednesday, September 02, 2009 6:41:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

hihii...sya bg cadangan jep;)

 
At Wednesday, September 02, 2009 9:35:00 PM , Blogger mizie's life said...

yelah cadangan ar tu...

 
At Wednesday, September 02, 2009 11:23:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

hihiii...bley di terima pakai x cadangan sya tu..??

 
At Wednesday, September 02, 2009 11:31:00 PM , Blogger mizie's life said...

dopleh ar...

 
At Monday, September 07, 2009 3:33:00 PM , Blogger mizie's life said...

lupe lorh nk bwk novel2 utk cik laa smlm...huhu sowi22..

 
At Sunday, September 13, 2009 8:00:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

besok xmo lupe2 lg ekk...

 
At Sunday, September 13, 2009 9:48:00 PM , Blogger mizie's life said...

hehe...da siap masuk plastik da...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home