Sunday, August 30, 2009

SportsLink_Belgium dan Indianapolis...Raikonnen Kembali Mengejar...Lorenzo Terus Menghambat...


Kimi Raikonnen dan pasukan Ferrari kembali memuncak dalam perlumbaan Formula 1 apabila Raikonnen berjaya menawan Litar Spa Francorchamps di Belgium dengan memenangi perlumbaan ke-12 dalam siri Formula 1 musim 2009... Raikonnen melengkapkan perlumbaan 44 pusingan dengan cukup bergaya bagi menghadiahkan kemenangan pertama bagi pasukan Ferrari untuk musim ini...


Kejutan juga berlaku apabila Giancarlo Fisichella dari pasukan Force India berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua mengatasi pelumba sensasi Red Bull iaitu Sebastian Vettel yang juga juara 2 perlumbaan bagi musim ini... Tempat keempat pula dimiliki oleh pelumba BMW Sauber iaitu Robert Kubica yang mengatasi rakan sepasukan beliau iaitu Nick Heidfeld yang berpuas hati di kedudukan kelima...


Tempat keenam pula berjaya dibolot oleh pelumba McLaren iaitu Heikki Kovalainen yang mengekang cabaran pelumba BrawnGP, Rubens Barrichello dan pelumba Williams, Nico Rosberg untuk hanya berpuas hati di tempat ketujuh dan kelapan...


Perlumbaan di Spa Francorchamps turut menyaksikan pendahulu keseluruhan iaitu Jenson Button dan juara bertahan iaitu Lewis Hamilton terlibat dalam kemalangan dan gagal menamatkan aksi... Namun yang demikian, Button terus mengungguli kedudukan keseluruhan dengan 72 mata diikuti Barrichello dengan 56 mata dan Vettel dengan 53 mata...Ini diikuti oleh Mark Webber dari Red Bull dengan 51.5 mata dan Raikonnen dengan 34 mata...



Di Litar Indianapolis, Amerika Syarikat pula bagi perlumbaan MotoGP siri yang ke-12 bagi musim 2009, penunggang Yamaha iaitu Jorge Lorenzo berjaya mengungguli saingan dengan muncul sebagai juara mengatasi cabaran Alex De Angelis dari pasukan San Carlo Honda Gresini dan juga Nicky Hayden dari pasukan Ducati untuk masing2 berpuas hati di tempat kedua dan ketiga...


Tempat keempat dikuasai oleh Andrea Dovizioso dari pasukan Repsol Honda dan kelima pula dimiliki oleh Colin Edwards dari Monster Yamaha Tech 3...


Namun yang demikian, kedudukan keseluruhan masih diungguli rakan sepasukan Lorenzo iaitu Valentino Rossi yang memperoleh 212 mata... Ini diikuti oleh Lorenzo dengan 187 mata dan Casey Stoner dari pasukan Ducati dengan 150 mata...


Perlumbaan Formula 1 akan diteruskan dengan perlumbaan ke-13 yang akan berlangsung di Litar Monza iaitu Formula 1 Gran Premio Santander D'Italia 2009 pada 11 September 2009 hingga 13 September 2009... Perlumbaan MotoGP pula akan diteruskan dengan perlumbaan ke-13 yang akan berlangsung di Litar Misano iaitu GP Cinzano Di San Marino E Della Riviera Di Rimini pada 4 September 2009 hingga 6 September 2009...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home