Wednesday, September 2, 2009

HobbyTwista...Zaifuzaman Ahmad 2009...BILA LAMPU PADAM, Apa Akan Anda Lakukan..?

Tahun 2009 telah membawa sedikit perubahan kepada hasil karya Zaifuzaman Ahmad... 423 muka surat yang dilalui bersama BILA LAMPU PADAM adalah suatu pengalaman yang menakjubkan... Kehadiran BILA LAMPU PADAM dijelaskan melalui pembaharuan penulisan Zaifuzaman yang telah dibahagikan kepada tiga subtopik iaitu 'Rumah Tumpangan', 'Kahwin' dan 'Teman'...
'Rumah Tumpangan' mengisahkan Suraya yang merupakan seorang penulis skrip drama telah menerima tawaran daripada Rosli, seorang pengarah untuk menulis sebuah skrip filem yang mengisahkan cerita seram... Lantaran dari permintaan kerja itu telah membawa Suraya untuk pulang ke kampung bapanya di Mersing untuk bertemu dengan ibu saudaranya yang begitu arif dan mempunyai begitu banyak pengalaman dan juga kisah misteri... Namun yang demikian, sebelum Suraya dapat menulis skrip filem berkenaan mahupun dapat berjumpa ibu saudaranya itu, satu kejadian misteri dan aneh telah berlaku pada beliau... Apakah kejadian itu membawa kepada penghasilan skrip beliau..? Ataupun apakah kejadian itu telah meragut nyawanya..?
'Kahwin' pula mengisahkan seorang peniaga kecil2an iaitu Ismail yang sudah memiliki isteri yang cukup taat iaitu Maizatul Akmar dan seorang anak kecil yang bernama Adflin... Ismail seorang peniaga yang cukup rajin berusaha untuk memajukan perniagaan bundle beliau... Namun, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh beliau yang mengakibatkan hidupnya senantiasa diburu ketakutan... Lantaran ketakutan itu, beliau telah bertindak nekad untuk menyelesaikan masalahnya... Dengan bantuan Kamal, Ismail telah berkelana ke Port Dickson untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalahnya itu... Mampukah masalah Ismail diselesaikan di Port Dickson...? Ataupun Ismail telah mengusutkan lagi masalah yang ditanggungnya apabila pulang dari Port Dickson...?
'Teman' mengisahkan seorang kontraktor muda yang digilai ramai iaitu Razlan... Seorang anak kepada ahli perniagaan terkenal yang memiliki sifat playboy yang cukup difahami rakan serumahnya iaitu Saiful yang juga seorang wartawan di sebuah akhbar... Razlan mempunyai begitu ramai teman wanita sehinggakan nasihat Saiful agar beliau berubah tidak pernah diendahkannya... Namun, setelah mengenali seorang gadis yang bernama Syafinaz, Razlan mulai angau dan berubah... Dalam pada masa yang sama, Saiful senantiasa mengikuti kes pembunuhan bersiri yang cukup ngeri melalui bantuan rakannya iaitu Inspektor Zarul... Beberapa kematian yang cukup tragik dan ngeri berlaku mengakibatkan Inspektor Zarul sendiri pening kepala dengan situasi yang dihadapi pihak polis... Pada hari Razlan bertemujanji dengan Syafinaz buat kali pertama, Saiful sekali lagi dihubungi oleh Inspektor Zarul yang memberitahunya berlaku pembunuhan ngeri yang ke-4... Siapakah mangsa pembunuhan ke-4 itu..? Adakah Syafinaz..? Adakah Razlan..?
Segeralah mendapatkan BILA LAMPU PADAM untuk menghayati 3 kisah dalam satu novel yang cukup menarik ini... Next novel ape ek..?

12 Comments:

At Wednesday, September 02, 2009 7:25:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

so..,biler i buley pinjam ney:)

 
At Wednesday, September 02, 2009 9:30:00 PM , Blogger mizie's life said...

bler jumpe bru bley pinjam...

 
At Wednesday, September 02, 2009 10:18:00 PM , Blogger as i am said...

dah tu jupe laaaaa..............

 
At Wednesday, September 02, 2009 11:19:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

pos x aci ke..?

 
At Wednesday, September 02, 2009 11:28:00 PM , Blogger mizie's life said...

poss??? dop cukup setem...haha

 
At Saturday, September 05, 2009 3:04:00 AM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

awak kn banyak koleksi setem...bley larrrr..hihii.

 
At Saturday, September 05, 2009 3:54:00 AM , Blogger mizie's life said...

koleksi setem?? oh no no no no...hehe alaa isnin ney amek ar novel tuh...

 
At Saturday, September 05, 2009 7:55:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

hahaa....ye laa.

 
At Tuesday, September 08, 2009 6:27:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

isnin da lepas,x dpt jgak pinjam 2 novel tersebut..huhuu:(

 
At Tuesday, September 08, 2009 11:14:00 PM , Blogger mizie's life said...

huhu so sowi...

 
At Wednesday, September 09, 2009 4:29:00 PM , Blogger mizie's life said...

sowi loorr..

 
At Wednesday, September 09, 2009 6:32:00 PM , Blogger LaiLa isabeLLa said...

sowi awk acceptable..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home