Tuesday, September 29, 2009

PoliticScenario_DUN Bagan Pinang...Gendang Mula Dicanang...

Sebentar tadi YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan calon bagi Barisan Nasional (BN) bagi Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang yang terletakdi dalam Parlimen Teluk Kemang yang akan berlangsung pada 11 Oktober 2009 ini... Calon berkenaan adalah bukan orang asing bagi gelanggang politik negara iaitu Tan Sri Muhammad Isa bin Samad yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang...
Diharapkan bagi semua pengundi2 di Bagan Pinang dapat memastikan Barisan Nasional mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang ini... Dan juga diharapkan agar tiada lagi kejadian2 yang boleh dikatakan tidak bertamadun pada Pilihanraya Kecil ini...

Sunday, September 20, 2009

SportsLink_La Vuelta de Espana 2009...Prestij Terus Dikekalkan untuk Kali ke-64...

Perlumbaan jelajah berbasikal kedua terunggul selepas Tour de France iaitu La Vuelta de Espana buat kali ke-64 telah berlangsung dari 29 Ogos 2009 sehingga 20 September 2009 dan berlangsung sebanyak 21 peringkat... Perlumbaan buat tahun 2009 bermula di Assen, Belanda dan berakhir di bandaraya Madrid, Sepanyol...
Perlumbaan edisi ke-64 ini telah disertai oleh 22 pasukan yang menampilkan ramai bintang2 dan jaguh2 lumba basikal dunia... Antaranya adalah Tom Danielson (USA) dan David Millar (Britain) dari pasukan Garmin - Slipstream (USA); Sebastien Hinault (France) dan Rinaldo Noncentini (Italy) dari pasukan Ag2R La Mondiale (France); Damiano Cunego (Italy) dari pasukan Lampre (Italy); Ivan Basso (Spain) dan Daniele Bennati (Italy) dari pasukan Liquigas (Italy); Daniel Navarro (Spain), Chris Horner (Britain) dan Alexander Vinokourov (Kazakhstan) dari pasukan Astana (Kazakhstan); Tom Boonen (Belgium) dan Walter Weylandt (Belgium) dari pasukan QuickStep (Belgium); Matthiew Sprick (France) dari pasukan BBOX Bouygues Telecom (France); Oscar Freire (Spain) dari pasukan Rabobank (Netherlands); Alejandro Valverde (Spain) dari pasukan Caisse D'Epargne (Spain); Cadel Evans (Australia) dan Charles Wegelius (Britain) dari pasukan Silence Lotto (Belgium); Inigo Cuesta (Spain) dari pasukan Cervelo Test Team (Switzerland); Kim Kirchen (Luxembourg) dari pasukan Team Columbia - HTC (USA); Andy Schleck (Luxembourg), Fabian Cancellara (Switzerland), Stuart O'Grady (Australia) dan Frank Schleck (Netherlands) dari pasukan Saxo - Bank (Denmark) dan juga Sebastien Chavanel (France) dari pasukan Francaise Des Jeux (Spain)...
Bagi edisi ke-63 yang berlangsung pada 2008, juara keseluruhan ataupun Jersi Emas (Jersey Oro) telah dimenangi oleh Alberto Contador dari pasukan Astana... Raja Bukit ataupun Jersi Oren (Jersey Naranja) pula dimenangi oleh David Moncoutie dari pasukan Cofidis manakala Raja Pecut ataupun Jersi Biru (Jersey Azul) pula dimenangi oleh Greg Van Avermaet dari pasukan Silence Lotto... Dan juara keseluruhan bagi berpasukan telah dikuasai oleh Caisse D'Epargne...
Dan bagi edisi ke-64 pada 2009 ini, juara keseluruhan ataupun Jersi Emas telah dikuasai oleh Alejandro Valverde dari pasukan Caisse D'Epargne diikuti oleh Samuel Sanchez dari Euskaltel-Euskadi dan Cadel Evans dari Silence Lotto... Bagi kategori Raja Pecut ataupun Jersi Biru pula dikuasai oleh Andre Greipel dari Team Columbia-HTC yang memperoleh 150 mata diikuti Valverde dan juga Daniele Bennati dari pasukan Liquigas... Bagi Raja Bukit ataupun Jersi Oren pula dikuasai oleh David Moncoutie dari pasukan Cofidis dengan meraih 186 mata diikuti David De La Fuente dari pasukan Fuji-Servetto dan Julian Sanchez Pimienta dari pasukan Contentpolis-Ampo... Dan juara keseluruhan bagi kategori berpasukan pula dikuasai oleh Xacobeo Galicia diikuti Caisse D'Epargne dan Astana...

IslamicBaraqah_1 Syawal 1430...Ampun Maaf Dipinta, Mensuci Hening Dosa...

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...
Wa Lillah Hilhamd'...
Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...
Wa Lillah Hilhamd'...

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri 1430...
Di sini saya MOHD TARMIZI BIN A.RAZAK dan juga bonda tercinta ZAKIAH BINTI ABDUL RANI dan tidak dilupakan jua ayahanda yang dikasihi A.RAZAK BIN AHMAD, ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari semua yang mengenali kami...
Saya juga ingin memohon ampun dan maaf dari semua rakan2 serta sahabat2 yang dikenali, yang telah lama dikenali, yang baru dikenali dan jua yang bakal dikenali... Andai ada salah dan silap yang mengguris hati dan perasaan kalian, diriku memohon jutaan kemaafan serta keampunan agar segala kekhilafan yang telah berlaku dapat dilupakan...
Buat ayahanda dan bonda, anakanda di sini memohon ampun dan maaf andaikata ada terlampir kata2 mahupun perbuatan yang mengguris hati ayahanda dan bonda berdua...
Sekian... Wassalam...
Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...
Wa Lillah Hilhamd'...
Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...
Wa Lillah Hilhamd'...

Saturday, September 19, 2009

IslamicBaraqah_29 Ramadhan 1430...Berakhirnya Ramadhan, Ahlan Ya Syawal...

Tahun ini sempurnalah puasa bulan Ramadhan yang telah kita tunaikan selama 29 hari... Pelbagai rintangan, pelbagai cabaran telah kita lalui, telah kita atasi... Pertarungan untuk menjinakkan nafsu yang senantiasa boleh dikatakan menggila juga sudah tiba di kemuncaknya... Namun yang demikian, ini bukanlah bermakna bahawa tamatnya bulan Ramadhan ini maka tamatlah jua riwayat untuk mengekang nafsu yang senantiasa tidak pernah cukup...
1 Syawal 1430 akan menjelang tiba... Pelbagai persiapan telah dilakukan dan disediakan... Namun apa yang lebih penting, diharapkan agar semua ibadah dan pengorbanan yang dilakukan sepanjang Ramadhan kali ini diterima oleh Allah S.W.T dan turut diberikan ganjaran yang cukup istimewa di sisiNya...
Pada yang miskin kita jangan lupakan... Jangan diendahkan kewajiban menunaikan ZAKAT yang turut menjadi Rukun Islam... Jangan hanya sanggup membelanjakan beribu ringgit ataupun beratus ringgit untuk bermewah pada Hari Lebaran... Yang pasti kita sebagai umat Islam juga turut sepatutnya mampu menunaikan zakat fitrah yang hanya secebis jumlahnya jika dibandingkan dengan nilai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri...
Akhir kata... Selamat Jalan Ramadhan Al - Mubarak... Semoga berjumpa lagi pada Ramadhan Al - Mubarak 1431...

Tuesday, September 15, 2009

SportsLink_1Malaysia F1 Team...Apa Kesudahan yang Dituju...?

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan penubuhan pasukan Formula 1 pertama bagi Malaysia iaitu '1Malaysia F1 Team'... Pasukan ini dijangka bakal menduduki grid perlumbaan bermula pada musim 2010 yang akan datang... Yang menjadi tanda tanya, apakah pelumba berbakat dari negara kita sendiri yang akan menduduki senarai 2 pelumba utama dan juga 2 pelumba ujian...? Ataupun, kita terpaksa mengimport pelumba2 ternama yang sudah mencipta kejayaan dalam Formula 1 untuk menaikkan nama 1Malaysia F1 Team... Apa yang pasti, 6 hingga 7 nama telah disenarai pendek bagi senarai pelumba2 1Malaysia F1 Team...

Sunday, September 13, 2009

SportsLink_Formula 1...BrawnGP Kembali Mengaum...


Selepas gagal menyinar dalam beberapa perlumbaan, 2 pelumba BrawnGP kembali menyinar apabila menguasai podium 1-2 pada perlumbaan di Litar Monza bagi Formula 1 Gran Premio Santander D'Italia 2009 pada 13 September 2009... Rubens Barrichello semakin menghampiri kedudukan keseluruhan yang dikuasai rakan sepasukan iaitu Jenson Button apabila berjaya mengatasi cabaran Button untuk memenangi perlumbaan ke-13 musim 2009... Button pula berjaya bangkit selepas hambar dalam beberapa perlumbaan untuk menduduki tempat kedua manakala podium ketiga pula dimiliki oleh pemandu Ferrari iaitu Kimi Raikonnen...


Pada perlumbaan ini, pelumba Force India - Mercedes iaitu Adrian Sutil pula menduduki tempat ke-4 manakala Fernando Alonso dari pasukan Renault pula menduduki tempat ke-5... Tempat ke-6 pula dimiliki oleh Heikki Kovalainen dari pasukan McLaren Mercedes, manakala tempat ke-7 dikuasai oleh Nick Heidfeld dari BMW Sauber dan tempat ke-8 pula diduduki oleh Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull...


Selepas berakhirnya perlumbaan ke-13 ini, Button masih menguasai kedudukan keseluruhan dengan 80 mata hanya 14 mata di hadapan Barrichello yang memiliki 66 mata... Vettel terus mengekori dengan 54 mata diikuti rakan sepasukan beliau iaitu Mark Webber yang memperoleh 51.5 mata dan Raikonnen dengan 40 mata...


Perlumbaan berikutnya iaitu perlumbaan ke-14 musim 2009 akan berlangsung di Litar Singapura apabila berlangsungnya 2009 Formula 1 Singtel Singapore Grand Prix pada 25 September 2009 hingga 27 September 2009...

Saturday, September 12, 2009

IslamicBaraqah_22 Ramadhan 1430...Menjelangnya Minggu Terakhir Ramadhan Al - Mubarak...

Ramadhan Al - Mubarak sudah tiba pada minggu terakhirnya... 10 malam terakhir yang pada kebiasaannya semua umat Islam disajikan dengan usaha mencari malam yang penuh keberkatan yang juga malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar...
Diharapkan juga pada 10 malam terakhir ini umat Islam akan kembali beramai2 untuk memenuhi semua masjid yang berada berhampiran kita... Apa kata kita semua menggunakan waktu siang untuk membeli - belah persediaan untuk berhari raya dan menggunakan sepenuhnya waktu malam pada 10 malam terakhir ini untuk mengabdikan diri dan menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T dengan selengkapnya...
Nampaknya keadaan juga sudah mulai untuk berubah apabila masjid di kampungku mulai penuh semula semalam... Walaupun bukan sehingga ke akhir rakaat ke-20 terawih, namun ianya merupakan suatu petanda yang baik bahawa perubahan akan datang dan perubahan juga tidak akan terus mengasingkan diri daripada kita...

Thursday, September 10, 2009

SportsLink_FIFA South Africa 2010 World Cup...11 Pasukan Sudah Pasti ke Afrika Selatan...

Selepas Afrika Selatan selaku tuan rumah; Korea Selatan, Jepun, Korea Utara dan Australia selaku wakil Zon Asia; dan Belanda selaku wakil pertama Zon Eropah yang memastikan tempat ke Piala Dunia 2010, 5 lagi pasukan terbaru telah berjaya menempah tiket ke Afrika Selatan menjadikan jumlah 11 pasukan sudah layak ke Piala Dunia 2010...


Brazil menjadi wakil pertama dari Zon Amerika Selatan yang memastikan tempat ke Piala Dunia apabila berjaya menempah tiket pada 5 September 2009 selepas mengharungi 15 perlawanan kelayakan dengan menewaskan Argentina 3-1 di Buenos Aires... Gol2 Brazil pada perlawanan berkenaan dijaringkan oleh Luisao dan 2 gol daripada Luis Fabiano manakala gol tunggal Argentina dijaringkan oleh Jesus Datolo... Dunga sudah selamat, Maradona semakin gelisah...


Ghana pula menjadi wakil pertama Zon Afrika selain tuan rumah yang layak secara automatik apabila mengatasi cabaran Sudan dengan keputusan 2-0 melalui jaringan Sulley Muntari dan Michael Essien pada 5 September 2009...


England menjadi wakil kedua Zon Eropah layak ke Afrika Selatan 2010 apabila mengatasi cabaran getir Croatia yang telah menyingkirkan mereka dari Kejohanan Eropah 2008 dengan keputusan 5-1 di Wembley pada 9 September 2009... Gol2 'Three Lions' dijaringkan oleh Frank Lampard dengan 2 gol, Steven Gerrard juga dengan 2 gol dan Wayne Rooney manakala gol tunggal Croatia dijaringkan oleh Eduardo... Fabio Capello telah melakukan tugas sensasi beliau dengan begitu cemerlang apabila mengekalkan rekod tanpa kalah England dalam pusingan kelayakan...


Sepanyol menjadi wakil ketiga Zon Eropah apabila menewaskan Estonia dengan 3-0 di La Coruna pada 9 September 2009 menerusi jaringan Cesc Fabregas, Santi Cazorla dan Juan Mata... Sepanyol juga masih mengharungi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 tanpa sebarang kekalahan...


Pasukan ke-11 yang menempah tiket ke Afrika Selatan adalah Paraguay yang menjadi pasukan kedua Zon Amerika Selatan... Paraguay berjaya memastikan tempat apabila menewaskan Argentina 1-0 di Asuncion pada 9 September 2009 menerusi jaringan tunggal Nelson Valdez... Apa sudah jadi pada Argentina dan Maradona..??

Wednesday, September 9, 2009

LifestyleFashionista_TAR123...A Month Anniversary...

Tarikh 9 September 2009 adalah suatu tarikh yang unik... 09/09/09 ataupun 999 mungkin akan digunakan oleh ramai untuk diabadikan sebagai kenangan dalam pelbagai bentuk... Namun, tarikh 09/09/09 kepada aku telah menoktahkan tempoh genap sebulan MyNeo berada di bengkel... Genap tempoh sebulan juga aku terpaksa mengurangkan aktiviti2 luarku... Genap tempoh sebulan juga aku terpaksa lebih banyak terperap di rumah bagaikan anak dara..!!!
Nampaknya ada jugak perkara yang boleh aku abadikan untuk tarikh 09/09/09 ataupun 999 ini... 09/09/09 ataupun 999 ataupun 090909 atau 9 September 2009 sudah tiba... Adakah sempat untuk menanti 101010 ataupun 10 Oktober 2010...

Monday, September 7, 2009

PoliticScenario_Demokrasi di Malaysia...Apa Dah Jadi..??

Semakin hari berlalu semakin kita disajikan dengan isu politik yang pada rutin kebiasaannya kira2 10 tahun ataupun 8 tahun yang lalu, tidak pernah kita jangka akan terjadi... Namun, apa yang ingin saya coretkan di sini, mungkin rakan2 sekalian akan mengatakan ianya adalah suatu konflik identiti...
Saya ingin bertanya... Hari ini, parti politik manakah yang boleh dipercayai dan dipegang..?? Di sini saya ingin menyatakan walaupun saya seorang yang pro - kerajaan, namun berlaku beberapa isu yang tidak sepatutnya berlaku akhir2 ini...
Di pihak kerajaan, UMNO masih tidak lekang dari krisisnya sendiri... MCA pula pada ketika ini telah menyajikan kepada kita suatu isu yang telah berlaku dalam UMNO 10 tahun yang lalu... MIC pula telah menghidangkan kepada kita isu pemilihan Majlis Tertinggi parti yang mungkin 'lebih hangat daripada biasa'...
Di pihak pakatan pembangkang pula, isu kuasa terus diwara - warakan di Perak oleh PAS dan sekutunya... Dengan 'rekod' sidang Dewan Undangan Negeri di bawah sebatang pokok, mereka beralih pula kepada sidang Dewan Undangan Negeri di dalam hotel... Di Selangor pula, pentadbiran negeri yang dimiliki oleh PKR dan sekutunya terus menghidangkan isu pemindahan kuil di Seksyen 19, Shah Alam... Isu cubaan menggunakan wang hasil kutipan zakat untuk pembangunan negeri turut menjadi pertikaian baru2 ini... Di Pulau Pinang, pimpinan DAP dan sekutunya mengharungi cabaran dan gesaan penduduk2 Kampung Buah Pala ataupun turut dikenali dengan High Chapparal yang mahukan nilai pampasan yang lebih tinggi jika mahu mereka berpindah dari penempatan asal yang akan dimajukan...
Sebagai rakyat yang menyayangi negaranya, saya amat merasakan kita tidak sepatutnya terus dihidangkan dengan masalah2 dan hal2 yang sedemikian rupa... Selepas Pilihanraya Umum ke-12, sepatutnya semua parti dan wakil rakyat harus berkhidmat dan memajukan kawasan yang ditadbir masing2... Bukannya terus mencari isu untuk disensasikan dan untuk mencari target dan tempat untuk ditudingkan jari bahawa masalah itu bukan masalah kita... Saya amatlah berharap, semua isu2 berkenaan dapat diselesaikan dengan baik dan muafakat...

Sunday, September 6, 2009

SportsLink_MotoGP...Rossi Won...On da Right Path to da Championship...

Valentino Rossi merakamkan kemenangan yang ke-6 pada musim ini apabila menguasai GP Cinzano Di San Marino E Della Riviera Di Rimini yang berlangsung sebentar tadi... Rossi merakamkan kemenangan di Litar Misano dengan cukup bergaya apabila mengatasi rakan sepasukan dari Yamaha iaitu Jorge Lorenzo dan pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa yang menduduki tempat kedua dan ketiga...


Rakan sepasukan Pedrosa, Andrea Dovizioso pula menduduki tempat ke-4 manakala pelumba Rizla Suzuki MotoGP, Loris Capirossi menduduki tempat ke-5... Toni Elias dari pasukan San Carlo Honda Gresini menduduki tempat ke-6 diikuti Mika Kallio dari pasukan Ducati Marlboro Team di tempat ke-7... Marco Melandri dari pasukan Hayate Racing Team berada di tempat ke-8 diikuti rakan sepasukan Capirossi, Chris Vermeulen menduduki tempat ke-9 dan James Toseland dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 menduduki tempat ke-10...


Dengan kemenangan ke-6 ini, Rossi terus menguasai carta keseluruhan dengan 237 mata diikuti Lorenzo dengan 207 mata dan Pedrosa dengan 157 mata... Ini diikuti Casey Stoner dengan 150 mata dan Dovizioso dengan 133 mata...


Perlumbaan seterusnya adalah perlumbaan yang ke-14 yang akan berlangsung di Estoril, Portugal iaitu bwin.com Grande Premio De Portugal pada 2 Oktober 2009 sehingga 4 Oktober 2009...

Saturday, September 5, 2009

IslamicBaraqah_15 Ramadhan 1430...Separuh Ramadhan Sudah Pergi...Hanya Sebahagian Lagi untuk Diburu...

Separuh Ramadhan al - Mubarak sudah berlalu pergi meninggalkan kita untuk tahun ini... Berlalu pergi dengan 2 tanda tanya... Adakah kita berjaya menunaikan Ramadhan kali ini dengan penuh ibadah dan ketaqwaan..? Adakah kita hanya membiarkan Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja seumpama bulan2 yang laen..?
Berlalunya separuh Ramadhan al - Mubarak ini akan membawa kepada jangkaan pengurangan yang berganda kepada jumlah jemaah yang memenuhi saf2 di masjid2... Pada kebiasaannya, sebaik sahaja tiba kepada separuh bulan puasa, ramai di antara kita sudah mula menyibukkan diri dengan persediaan untuk menyambut Aidilfitri... Perkara rutin yang diulang2 pada setiap tahun...!! Maksudnya..??
Maksudnya adalah,orang kita ney masih lagi dengan mentaliti yang sama pada setiap tahun kerana masih merasakan amat penat untuk bershopping pada siang hari ketika menunaikan ibadah puasa... Merasa rugi andainya tenaga yang sedikit cuma itu digunakan untuk berjalan bagi membeli pakaian mahupun langsir yang baru ataupun menarik tangan anak2 untuk menunaikan hajat dan impian anak2 untuk berpakaian baru di Hari Lebaran... Namun langsung tidak merasa rugi apabila mencuba pakaian yang hendak dibeli di kedai pada waktu orang lain terutamanya bagi generasi yang beusia 60 tahun dan ke atas sedang khusyuk beribadat dan mengabdikan diri pada Yang Maha Esa...
Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk masa dipenuhi dengan rehat, tidur mahupun berangan juadah untuk berbuka puasa...!!! Namun, jadikanlah puasa itu sebagai satu latihan bagi kita untuk terus mendisiplinkan diri kita... Apa salahnya jika kita tidak mahu mengisi masa siang kita dengan membaca al -Quran sekalipun, kita penuhi masa itu untuk menunaikan persiapan keperluan untuk menyambut Aidilfitri... Usah kita bazirkan masa pada waktu malam yang seusai cuma yang sepatutnya diperuntukkan untuk menunaikan terawih yang hanya sebulan sekali, untuk menunaikan perkara yang boleh dilakukan pada sepanjang tahun...!!!
Renung - renungkanlah bicara seorang insan yang hanya berkelana di bumi Tuhan ini buat seketika cuma...

Friday, September 4, 2009

LifestyleFashionista_Aduhai Kehidupan...Tolong Tenangkan Aku...

Bulan Ramadhan Al - Mubarak yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan semakin menuju penghujungnya... Bulan Syawal yang penuh keindahan dan keceriaan semakin hampir untuk tiba... Aduhai... Menuju kepada itu, aku semakin tertekan...Aarrggghhhhhh macamana ney... Kenapa..??? Tolong tenangkan aku...!!!
Aduhai... Baru baju melayu sahaja yang dah tersedia... Baju untuk raya baru ada sehelai... Seluar langsung tak beli lagi... Kasut..?? Selipar..?? Macamana nakbeli kalau dah asyik terperap jer kat umah..??? Rambut pun sama... Belum potong pun lagi... Aduhaii banyaknya perkara yang masih belum terbuat... Penat dan letih otak aku dibuatnya... Xkan taknak sambut raya dengan sempurna kot tahun ney...??? Tolong tenangkan aku...!!!
Tapi aper yang lebih menyerabutkan fikiran dan melemaskan jiwa adalah keadaan Neo aku di bengkel yang masih belum terusik... Aaarrrggggghhhhhh..!!!! Giler ah diorang ney... Lembap nak mampus buat kejer... Akibatnya, aku jugak yang tanggung... Sudah 3 minggu lebih atau lebih tepat lagi 23 hari kereta aku tersadai di bengkel tuh... Nak maki pun tak boleh sebab bulan puasa kenala bersabar... Maki dalam hati jelaa... Tolong tenangkan aku...!!!

Wednesday, September 2, 2009

HobbyTwista...Zaifuzaman Ahmad 2009...BILA LAMPU PADAM, Apa Akan Anda Lakukan..?

Tahun 2009 telah membawa sedikit perubahan kepada hasil karya Zaifuzaman Ahmad... 423 muka surat yang dilalui bersama BILA LAMPU PADAM adalah suatu pengalaman yang menakjubkan... Kehadiran BILA LAMPU PADAM dijelaskan melalui pembaharuan penulisan Zaifuzaman yang telah dibahagikan kepada tiga subtopik iaitu 'Rumah Tumpangan', 'Kahwin' dan 'Teman'...
'Rumah Tumpangan' mengisahkan Suraya yang merupakan seorang penulis skrip drama telah menerima tawaran daripada Rosli, seorang pengarah untuk menulis sebuah skrip filem yang mengisahkan cerita seram... Lantaran dari permintaan kerja itu telah membawa Suraya untuk pulang ke kampung bapanya di Mersing untuk bertemu dengan ibu saudaranya yang begitu arif dan mempunyai begitu banyak pengalaman dan juga kisah misteri... Namun yang demikian, sebelum Suraya dapat menulis skrip filem berkenaan mahupun dapat berjumpa ibu saudaranya itu, satu kejadian misteri dan aneh telah berlaku pada beliau... Apakah kejadian itu membawa kepada penghasilan skrip beliau..? Ataupun apakah kejadian itu telah meragut nyawanya..?
'Kahwin' pula mengisahkan seorang peniaga kecil2an iaitu Ismail yang sudah memiliki isteri yang cukup taat iaitu Maizatul Akmar dan seorang anak kecil yang bernama Adflin... Ismail seorang peniaga yang cukup rajin berusaha untuk memajukan perniagaan bundle beliau... Namun, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh beliau yang mengakibatkan hidupnya senantiasa diburu ketakutan... Lantaran ketakutan itu, beliau telah bertindak nekad untuk menyelesaikan masalahnya... Dengan bantuan Kamal, Ismail telah berkelana ke Port Dickson untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalahnya itu... Mampukah masalah Ismail diselesaikan di Port Dickson...? Ataupun Ismail telah mengusutkan lagi masalah yang ditanggungnya apabila pulang dari Port Dickson...?
'Teman' mengisahkan seorang kontraktor muda yang digilai ramai iaitu Razlan... Seorang anak kepada ahli perniagaan terkenal yang memiliki sifat playboy yang cukup difahami rakan serumahnya iaitu Saiful yang juga seorang wartawan di sebuah akhbar... Razlan mempunyai begitu ramai teman wanita sehinggakan nasihat Saiful agar beliau berubah tidak pernah diendahkannya... Namun, setelah mengenali seorang gadis yang bernama Syafinaz, Razlan mulai angau dan berubah... Dalam pada masa yang sama, Saiful senantiasa mengikuti kes pembunuhan bersiri yang cukup ngeri melalui bantuan rakannya iaitu Inspektor Zarul... Beberapa kematian yang cukup tragik dan ngeri berlaku mengakibatkan Inspektor Zarul sendiri pening kepala dengan situasi yang dihadapi pihak polis... Pada hari Razlan bertemujanji dengan Syafinaz buat kali pertama, Saiful sekali lagi dihubungi oleh Inspektor Zarul yang memberitahunya berlaku pembunuhan ngeri yang ke-4... Siapakah mangsa pembunuhan ke-4 itu..? Adakah Syafinaz..? Adakah Razlan..?
Segeralah mendapatkan BILA LAMPU PADAM untuk menghayati 3 kisah dalam satu novel yang cukup menarik ini... Next novel ape ek..?

Tuesday, September 1, 2009

LifestyleFashionista_August...Independence Month Coming Again...In History...

August... Will be remembered as 'Independence Month' as 52 years ago Malaysia had just being released from da British administration... For me, we as Malaysian should proud with our ability and strength to lead our nation one step ahead... Still busy month... So tired but quite enjoy... And also being unlucky... Hurmmm... What a colourful month...
  • 1/8_ Still in Kemaman... Supposedly show by Ada, vokalis kumpulan Butterfly... Namun, hujan lebat jam 10.30 pm menyebabkan semuanya terpaksa dibatalkan... Namun, thanx to adik Balqish dengan persembahan pembukaan yang cukup mempesonakan...
  • 2/8_ Going back to Kuala Terengganu at 10 am wif Malik...
  • 2/8_ Meet Mr.Ruzaimi and Mr.Abdus at Plaza Padang Negara at 5.15 pm...
  • 2/8_ Start bertugas di Terengganu Equestrian Resort (TER) at 6.15 pm...
  • 3/8_ Majlis Perasmian Pesta Terengganu 2009 oleh Yang Teramat Mulia Tengku Seri Panglima Raja, Pengerusi Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) at 9 pm... Persembahan artis oleh Datuk M.Daud Kilau and Azharina till 11 pm...
  • 4/8_ Stage show by Ramon, Kuna and Tasha by 9 pm till 11 pm...
  • 5/8_ Malam Nisfu Syaaban at Masjid Bukit Payong...
  • 6/8_ Meet Daddy at Terengganu Equestrian Resort at 4.30 pm...
  • 6/8_ Going to Dungun with Mummy at 9 pm...
  • 7/8_ Going back to Kuala Terengganu wif Mummy and Cik at 6.30 am...
  • 7/8_ Going to Dungun wif Awie and Aben at 11 am for 'Uptown Dungun' till 9th August... 'Uptown Dungun' started at 5 pm but being closed at 6.30 pm after heavy rain...
  • 8/8_ 'Uptown Dungun' started at 5 pm and being closed at 12 am...
  • 9/8_ 'Uptown Dungun' started at 6 pm and being closd at 8.45 pm after heavy rain...
  • 10/8_ Going back to Kuala Terengganu wif Malik and Aben at 2.15 am...
  • 10/8_ Stage show by Ramli Sarip at 9.45 pm...
  • 10/8_ Setting sound system untuk Majlis Perasmian Kedai 'T-Shoppe' at 11.45 pm till 2.30 am...
  • 11/8_ Majlis Perasmian Kedai 24 Jam 'T-Shoppe' Cawangan Gong Kapas oleh YAB Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu at 11 am till 12.30 pm...
  • 11/8_ Setting sound system untuk Majlis Perasmian Program 'Satu Keluarga, Satu Syarikat' at 2 pm till 4 pm...
  • 11/8_ Stage show by Awie, Faizal AF and Tasha by 9 pm till 11.15 pm...
  • 12/8_ Stage show by KRISTAL dan D'Intan Juniors dari Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang by 9 pm till 11.15 pm...
  • 13/8_ MyNeo was crashed in an accident in front of Petronas Batu Burok at 12.45 am after having supper at Plaza Padang Negara wif all Impiana Prima's staffs... Huhu...
  • 13/8_ Settlekan hal berkaitan insurans dan saman regarding accident diz morning...
  • 13/8_ Separuh akhir Pertandingan Karaoke Mencari Bintang Pesta Terengganu 2009 bermula jam 2 pm till 6.30 pm...
  • 14/8_ Final Pertandingan Karaoke Mencari Bintang Pesta Terengganu 2009 at 9 pm till 11 pm... And da winner is Kamaliana... 2nd place for Falah and 3rd for Azren...
  • 15/8_ Going to Proton to settlekan hal baiki kereta at 3 pm...
  • 19/8_ Bayar bil Maxis sejumlah RM ???... Bil yang dah 3 bulan x bayar... Hehe...
  • 20/8_ Bought new phone... Nokia 5800 XpressMusic which cost me RM ????...
  • 22/8_ Umat Islam di Malaysia mula menunaikan ibadat puasa Ramadhan...
  • 22/8_ Family Gathering and Family Iftar at Mak Teh's house at Seberang Takir... Everybody were there except Pak Sue and Ayah De Zul...
  • 23/8_ Cik, Mak Sue and Aisyah datang umah at 2.45 pm...
  • 26/8_ Going to EON Service at 2 pm... MyNeo still in da same condition... Bilerlah diorang nak start repair ney... Huhu...
  • 26/8_ Going back to Dungun at 3 pm... Buka puasa ramai2 wif family Mak Teh and Mak Sue...
  • 27/8_ Going back home at 12 pm...
  • 30/8_ Majlis Iftar X - SHAMS 2001 at D'Tunggal Seafood at 6 pm... Lepak at D'Tunggal Seafood till 9.15 pm...
  • 30/8_ Meet Mr.Ruzaimi and Mr.Abdus at Zie's Corner at 9.45 pm till 11.30 pm...

Yeay..!!! Raya da dekat... Hehe... Habeskan puase dulu baru boley raya... And also at last I'd finished RASUK... BILA LAMPU PADAM is waiting... So, da exciting August will continue in September...