Tuesday, June 30, 2009

SportsLink_English Premier League...Man.Utd and Transfer Window...

Manchester United akan kehilangan 2 pemain utama apabila Cristiano Ronaldo akan mula menyarung jersi Real Madrid selama 6 tahun bermula 1 Julai 2009 dgn rekod dunia nilai perpindahan pemain bolasepak iaitu 80 juta Pound... Manakala Carlos Tevez pula dijangka menandatangani kontrak bersama Manchester City dengan jangkaan nilai perpindahan setinggi 30 juta Pound...
Edwin Van der Sar pula hampir menyatakan bahawa musim 2009/2010 adalah musim terakhir beliau bersama United sebelum mengakhiri kariernya sebagai pemain profesional di Old Trafford pada akhir musim...
Antara pemain yang dijangka menyarung jersi Man.United bagi musim 2009/2010 adalah Antonio Valencia (pemain sayap Wigan yang berasal dari Ecuador) yang dijangka tiba dengan yuran perpindahan sebanyak 16 juta Pound... Valencia juga dijangka menyarung jersi nombor 7 United bagi musim hadapan... Selain daripada Valencia, Sir Alex Ferguson juga dalam proses utk mendapatkan persetujuan daripada Lyon bagi memiliki Karim Benzema dengan jangkaan nilai perpindahan 30 juta Pound... Selain itu, Ferguson juga sudah hampir pasti mendapatkan tandatangan Douglas Costa (pemain sayap Gremio yang berasal dari Brazil) dan juga Nilmar (penyerang Internacional juga berasal dari Brazil) bagi mengukuhkan pasukan United bagi musim 2009/2010...
Diharapkan United akan terus gah pada musim 2009/2010 walaupun kehilangan khidmat Ronaldo dengan jangkaan kehadiran Valencia, Nilmar dan Costa serta Benzema...

Monday, June 29, 2009

SportsLink_3 Different Championship...In A Day...

MotoGP 2009 diteruskan dengan perlumbaan bagi pusingan ke-7 di Litar Assen, Netherlands semalam dengan Valentino Rossi dari pasukan Yamaha terus unggul bagi menggapai kejuaraan MotoGP ke-100 beliau dalam sejarah penglibatan di dalam perlumbaan MotoGP... Rekod kejuaraan tertinggi pada ketika ini dimiliki oleh Giacomo Agostini yang berlumba sekitar tahun 1965 hingga 1976 dengan 123 kejuaraan...

Di Assen, Rossi menamatkan perlumbaan sebagai juara diikuti Jorge Lorenzo juga dari pasukan Yamaha dan ketiga oleh Casey Stoner dari pasukan Ducati Marlboro Team... Bagi kedudukan keseluruhan MotoGP 2009, ketiga2 pelumba ini turut berada pada kedudukan yang sama dngan Rossi (131 mata), Lorenzo (126 mata) dan Stoner (122 mata)...

Perlumbaan MotoGP 2009 akan diteruskan bagi siri ke-8 di Litar Laguna Seca, Amerika Syarikat pada 3 Julai 2009 sehingga 5 Julai 2009...
__________________________________________________________


Bagi kejuaraan FIFA 2009 South Africa Confederation Cup pula menyaksikan skuad Samba bimbingan Dunga iaitu Brazil telah berjaya menjulang kejuaraan kali ke-2 berturut-turut dan juga merupakan kejuaraan kali ke-3 secara keseluruhannya dalam penyertaan Confederation Cup apabila mengatasi cabaran getir pasukan Amerika Syarikat 3 - 2 di Ellis Park Stadium, Johannesburg semalam... 2 jaringan Luis Fabiano pada minit ke-46 dan juga minit ke-73 serta tandukan daripada ketua pasukan iaitu Lucio pada minit ke-83 telah memadamkan 2 gol awal Amerika Syarikat yang dijaringkan oleh Clint Dempsey pada minit ke-9 dan juga Landon Donovan pada minit ke-26...
_________________________________________________________________



Bagi kejuaraan Eropah Bawah 21 Tahun yang berlangsung di Malmo, Sweden pula, takhta kejuaraan menjadi milik pasukan Germany apabila menewaskan England 4 - 0... Keempat2 jaringan Germany dijaringkan oleh Gonzalo Castro (minit ke-23), Mesut Ozil (minit ke-48) dan juga dua gol Sandro Wagner (minit ke-79 dan ke-84)... Ketiadaan Joe Hart selaku penjaga gol utama England yang digantung perlawanan mungkin menjadi penyebab utama kekalahan skuad bimbingan Three Lions bimbingan Stuart Pearce ini...

HobbyTwista_Latest Novel in Town...Zaifuzaman Ahmad and Zyra Safiya...

Latest novels in town that need to be grabbed... RASUK by Zyra Safiya priced RM19.90... Another one that also need to be in your list is BILA LAMPU PADAM by Zaifuzaman Ahmad priced RM17.90... So common guys... Be da 1st to read these novels...

Thursday, June 25, 2009

HealthySafety_Influenza A H1N1...Apa itu H1N1...?

H1N1 adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru yang terhasil drp mutasi gen virus Influenza babi, burung dan manusia...
Gejala awal jangkitan penyakit ini adalah :
  • Demam
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sakit tekak
  • Selesema
  • Muntah berkala
  • Cirit - birit

Virus ini akan tersebar dan berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin... Seseorang akan dijangkiti samada melalui pernafasan, sentuhan dgn tangan pesakit atau menyentuh permukaan yg tercemar dgn titisan cecair pesakit...

Kebiasaannya, mereka yg dijangkiti biasa memiliki masa 7 hari untuk menyebarkan virus ini, manakala kanak2 memiliki tempoh yg lebih lama untuk menyebarkan virus ini...

Anda mampu mengelakkan jangkitan H1N1 andai anda :

  • Menjauhi mereka yg nampak tidak sihat, batuk dan demam
  • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
  • Elakkan berada di tempat awam yg sesak
  • Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah pencegahan yg perlu diambil
  • Amalkan cara hidup yang sihat dengan mendapatkan tidur yg cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal

Pada ketika ini, kes Influenza A H1N1 di Malaysia sudah mencecah 80 kes... Diharapkan pada semua agar dapat menjaga keselamatan diri dan kesihatan diri agar dapat menghindari daripada H1N1 ini...

Wednesday, June 24, 2009

IslamicBaraqah_Rejab...Bulan Allah Menjelang Lagi...

Tarikh 24 Jun 2009 adalah bersamaan dengan 1 Rejab 1430 Hijrah... Sekali lagi kita dapat bersama dengan bulan Rejab iaitu salah satu bulan yang cukup diberkati di dalam kalendar Islam...
Rejab bererti ta'zim yang bermaksud kebesaran, keagungan dan kemuliaan... Oleh kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah S.W.T telah melimpahkan rahmatNya dan kemurahanNya terhadap hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya...
Sabda Rasulullah S.A.W. : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah S.W.T akan memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat... Bulan Rejab adalah bulan Allah, Bulan Syaaban adalah bulanku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku...
Antara kelebihan bulan Rejab adalah :
  • berpuasa 1 hari akan mendapat Syurga Firdaus
  • berpuasa 2 hari akan dilipatgandakan pahalanya
  • berpuasa 3 hari akan menghalang daripada ke Neraka selama setahun perjalanan
  • berpuasa 4 hari akan dielakkan daripada bala dan musibah
  • berpuasa 5 hari akan aman daripada seksa dan azab kubur
  • berpuasa 6 hari akan bangkit dari kubur dengan wajah yang bercahaya
  • berpuasa 7 hari akan ditutup baginya 7 pintu Neraka
  • berpuasa 8 hari akan dibuka baginya 8 pintu Syurga

Selain daripada itu, Saiyyidina Ali K.W berkata bahawa :

  • berpuasa selama 13 hari seperti berpuasa 3 000 tahun
  • berpuasa selama 14 hari seperti berpuasa 10 000 tahun
  • berpuasa selama 15 hari seperti berpuasa 100 000 tahun

Selain itu, barangsiapa yang meminta ampun (beristighfar) kepada Alllah S.W.T pagi dan petang sebanyak 70 kali ataupun 100 kali pada bulan Rejab, akan diharamkan bagi tubuhnya api Neraka...

Segala apa yang tercatat di atas hanyalah sebahagian daripada kelebihan bulan Rejab yang juga dikenali sebagai Bulan Allah...

Monday, June 22, 2009

HealthySafety_Influenza A H1N1...Keadaan Semakin Membimbangkan...Sekolah Mula Ditutup...

Kes Influenza A H1N1 di Malaysia telah mencapai kes yang ke-58 pada 21 Jun 2009... Keadaan ini adalah semakin membimbangkan kerana sudah terdapat 7 kes jangkitan tempatan yang telah dilaporkan...
Lebih membimbangkan apabila Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2, Petaling Jaya telah diarahkan untuk ditutup selama seminggu mulai semalam (SJKC. Jalan Davidson) dan hari ini (SRK. Assunta 2) sehingga Jumaat ini...
Selain daripada 2 sekolah berkenaan, 4 lagi sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam; Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama, Petaling Jaya; Sekolah Menengah Wangsa Maju dan Sekolah Antarabangsa Sri Cempaka, Cheras telah diarahkan untuk menutup satu kelas mulai hari ini sehingga Jumaat ini selepas kes H1N1 dikesan di sekolah2 berkenaan...

PoliticScenario_Badan Perhubungan UMNO Terengganu...Barisan Pimpinan Baru...Apakah Kesannya...?

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein merangkap Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri pada 21 Jun 2009 telah mengumumkan perubahan drastik dalam barisan kepimpinan tertinggi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu...
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan sebaik sahaja Datuk Seri Hishamuddin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan...
Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang telah dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan yang baru menggantikan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan... Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pula dilantik sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan yang baru bagi menggantikan Datuk Mohd Zuber Embong dan bagi jawatan Bendahari Badan Perhubungan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Datuk Abdul Rahin Mohd Said yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah dilantik bagi menggantikan Datuk Roslan Awang Chik...
Segala perubahan ini adalah bagi memastikan penguasaan di negeri Terengganu dan juga sebagai persediaan untuk menguasai Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang...

Sunday, June 21, 2009

SportsLink_Formula One...Red Bull Take Over From BrawnGP...In Silverstone...

Second win for Red Bull Renault especially for Sebastian Vettel in 2009 Formula 1 Santander British Grand Prix that juz finish in Silverstone a few minutes ago... First win for Red Bull Renault and for Sebastian Vettel happened in 2009 Formula 1 Chinese Grand Prix that had been held in Shanghai on April 19...
In Silverstone, Vettel managed to finish 60 laps of races in front of his Red Bull Renault teammates, Mark Webber and Rubens Barrichello from BrawnGP managed to clinch the 3rd place in the race...
The winner of 6 races out of 8 races that had finished until this moment, Jenson Button from BrawnGP only managed to finish in 6th places after also starting the race from 6th grid...
Although only finished on 6th place, Button still leading the overall standing with 64 points, in front of Barrichello who have 41 points and followed by Vettel who have 39 points... As the team standing after 8 races, BrawnGP still has the leading after collecting 105 points followed by Red Bull Renault with 74.5 points and Toyota with 34.5 points...
The next race will be held at Nurbugring in Germany on 10 - 12 July 2009... We hope that we can see another great battle from BrawnGP and Red Bull Renault especially from Jenson Button and Sebastian Vettel...

Friday, June 19, 2009

LifestyleFashionista_Pegawai Tadbir dan Diplomatik...Program Assessment Centre...

Pada 3 Julai 2009 ini, aku akan mengikuti Program Assessment Centre bagi Urusan Pengambilan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 (Kontrak) di INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) yang bertempat di Bukit Geliga, Chukai, Kemaman, Terengganu Darul Iman bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.30 petang... Semoga segala perjalanan sepanjang program berkenaan akan berjalan lancar bagi diriku bagi melayakkan aku untuk ke peringkat seterusnya...

Thursday, June 18, 2009

HealthySafety_Influenza A H1N1...Langkah Pencegahan...

Kerajaan Malaysia telah menggariskan 10 langkah pencegahan bagi mengatasi masalah dan juga penularan wabak Influenza A H1N1... Keputusan ini diambil dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin...
10 langkah lebih ketat untuk pencegahan H1N1 dari terus merebak di Malaysia ialah :
  • Wajib isytihar status kesihatan
  • Majlis Keselamatan Negara diberi mandat untuk mengambil tindakan sewajarnya
  • Penjarakkan sosial seperti menutup sekolah, institusi pengajian dan membatalkan majlis perjumpaan awam dan perhimpunan
  • Pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat terutamanya dari negara yang berisiko H1N1 seperti Amerika Syarikat, Melbourne di Australia dan Manila, Filipina
  • Topeng muka dan pelalian influenza bermusim akan dibekalkan
  • Tingkatkan kebersihan tandas awam dan memperluaskan kempen kebersihan diri
  • Kempen melalui media terutamanya melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
  • Hadkan pelawat di hospital seperti hanya 2 pelawat untuk setiap pesakit dan kanak2 di bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit
  • Anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri
  • Sebar maklumat kepada pejabat kedutaan

Pada ketika ini, Malaysia telah mencatatkan 23 kes yang telah dilaporkan di media - media dengan kes yang terbaru ialah seorang pelajar berusia 17 tahun...

SportsLink_FIFA South Africa 2010 World Cup...Pasukan ke-6 Cipta Rekod...

Pasukan ke-6 yang telah berjaya memastikan langkahan bergaya ke Afrika Selatan pada Jun 2010 ini ialah pasukan Korea Utara... Korea Utara berjaya memastikan langkahan ajaib dan sempurna ke Afrika Selatan pada 16 Jun 2009, iaitu lebih kurang setahun sebelum sepak mula Piala Dunia 2010 bermula apabila mengikat Arab Saudi dengan 0 - 0 di Riyadh...

Antara pemain2 Korea Utara yang perlu diberikan perhatian di Afrika Selatan nanti ialah Hong Yong Jo, Jong Chol Min, Park Chol Min, Choe Kum Chul dan juga Mun In Guk...

Tuesday, June 16, 2009

FamilyPlan_Lelaki...Antara Ego dan Cemburu...

Lelaki... Apa yang boleh anda faham dengan 'lelaki'...? Amat sukar sebenarnya bagi mentafsirkan sifat, sikap dan pendirian seorang lelaki... Sikap lelaki sukar dijangka kerana boleh berubah dalam sekelip mata sahaja...


Pada dasarnya, lelaki sejati nampak begitu kuat dan utuh dari segi fizikal dan mental... Namun pada hakikatnya, ada juga lelaki yang masih mempunyai hati dan perasaan kecil jauh di lubuk hati dan sikap kasar lelaki selainnya... Adakah anda setuju dengan pernyataan ini...?

Kita semua menjangkakan pada dasarnya amat2 sukar untuk mencari lelaki yang begitu tinggi perasaan cemburunya... Namun pada hakikatnya, perasaan cemburu lelaki adalah lebih berbisa dari perasaan cemburu wanita... Adakah anda setuju dengan pernyataan ini...?


Lelaki sentiasa menyatakan yang bahawa gerak hati mereka adalah yang terbaik sedangkan pada hakikatnya gerak hati mereka senantiasa menjangkakan sesutu yang di sebaliknya... Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini...?

Satu lagi perkara yang sentiasa diagungkan lelaki adalah egonya... Boleh dikatakan bahawa jika seorang lelaki tiada egonya, maka runtuhlah kelelakian seseorang lelaki itu... Namun, antara ego lelaki dan wanita, mana yang lebih egois...?

HealthySafety_Influenza A H1N1...Wabak terus Menular di Seluruh Dunia...Updated...

Influenza A H1N1 terus menular di seluruh dunia dan sudah 75 negara yang mempunyai kes Influenza A H1N1...
Antara negara yang telah disahkan mempunyai kes berkenaan ialah Argentina, Australia, Austria, Bahamas, Bahrain, Barbados, Belgium, Bolivia, Brazil, Bulgaria, Kanada, Kepulauan Cayman, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Republic Czech, Denmark, Dominica, Republic Dominica, Ecuador, Egypt, El Salvador, Estonia, Finland, Perancis, Germany, Greece, Guatemala, Honduras, Hungary, Iceland, India, Ireland, Israel, Itali, Jamaica, Jepun, Korea Selatan, Kuwait, Lebanon, Luxembourg, Malaysia, Mexico, Morocco, Netherlands, New Zealand, Nicaragua, Norway, Panama, Paraguay, Peru, Filipina, Poland, Portugal, Romania, Russia, Arab Saudi, Singapura, Slovakia, Spain, Sweden, Switzerland, Thailand, Trinidad dan Tobago, Turki, Ukraine, UAE, Amerika Syarikat, United Kingdom, Venezuela, Uruguay dan Vietnam...
Sehingga 16 Jun 2009, jumlah kes yang dikesan di seluruh dunia adalah sebanyak 35,928 kes dengan kematian sebanyak 163 kes...

Monday, June 15, 2009

SportsLink_MotoGP...106 Mata...3 Nama Terus Bersaing...

Setelah tamat MotoGP siri ke-6 di Litar Catalunya, Sepanyol Ahad yang lepas, 3 pelumba elit dalam kelas utama MotoGP terus bersaing hebat dalam mencari kedudukan teratas dalam cabaran MotoGP bagi musim 2009 ini...

3 pelumba berkenaan adalah 2 pelumba dari pasukan Fiat Yamaha iaitu Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo serta pelumba dari pasukan Ducati Marlboro iaitu Casey Stoner... Dalam perlumbaan di Catalunya, Rossi berjaya mengatasi cabaran hebat Lorenzo dan Stoner bagi memastikan kejuaraan MotoGP Catalunya milik Rossi diikuti kedua oleh Lorenzo dan ketiga milik Stoner...

Selepas ini, MotoGP akan berlangsung di Litar Assen di Belanda pada 27 Jun 2009...

FinancialView_Take a Break...Business News 4...

TTC Night Market will be closed for a few times due to the new contract that will be open to the public who are interested... TTC Night Market started to be closed for a while on 14 June 2009... The new date of the opening of TTC Night Market will be informed soon as soon as possible...

LifestyleFashionista_Sir Mizie...Additional Career Starting...

Starting from today 15 June 2009 until 31 July 2009, I'd accepting another job from Pejabat Pelajaran Daerah Marang to be as a 'guru ganti' at SMKA. Durian Guling, Marang, Terengganu... My working time at school will be from 7.30 am until 3 pm everyday... I'll be teaching English for Form 3, Form 4 and Form 5 replacing Puan Nor Aznina Ramli whom in holiday for giving birth...

Saturday, June 13, 2009

LifestyleFashionista_Miracle...25 but likes 15...What do You Think...

Pelik tapi menarik kan... Segalanya berkaitan usia... Da sampai umur berapa, tapi orang laen expect kita bersikap dan berperanan dengan umur yang laen... Tak semuanya bagus kan... Kadang2 ada antara kita yang berfikiran lebih ke hadapan atau dengan kata laen, lebih matang dari usianya... Dan dalam sesetengah kes, ada antara kita yang berfikiran terkebelakang atau dengan kata yang lebih mudah, tidak matang ataupun tak matured berbanding pada usianya...
Namun, aper yang lebih menarik untuk dipersoalkan adalah terdapat segelintir orang yang bergelar tua ataupun veteran yang berada di sekeliling kita (terutamanya pada mereka yang masih muda remaja), menilai dan juga memperlakukan sebahagian daripada kita (yang masih muda remaja) tidak sebagaimana usia ataupun umur yang kita miliki pada ketika ini...
Sebahagian daripada mereka (yang telah memasuki golongan 50an) sentiasa merasakan diri mereka adalah yang paling betul sehinggakan pendapat ataupun pandangan orang laen (terutamanya golongan yang berusia bawah 30an) sentiasa kurang tepat @ salah @ tidak jelas sehingga tidak boleh digunapakai...
Sebahagian daripada mereka juga mungkin mengamalkan sikap diktator kerana sentiasa membuat keputusan bagi mereka yang berusia bawah dari 30 tahun walaupun telah melebihi usia 21 tahun... Wajarkah perkara yang diamalkan pada tahun 1901 ataupun tahun 1951 ataupun juga tahun 1971 diamalkan pada masa kini walaupun kita semua sudah menghampiri tahun 2010...? Zaman dah berubah, dunia semakin maju... Namun terdapat juga segelintir daripada umat yang masih belum mampu memajukan pemikiran dan merubah liberalisasi pemikiran dalam mendidik golongan muda pasca millenium...
Bagi diri aku, adalah sangat tidak wajar bagi golongan ibu bapa terutamanya terlampau mengongkong anak2 sehingga mewujudkan prasangka dalam memantau segala aktiviti yang dilakukan anak2... Bagi ibu bapa yang terlalu memberi kebebasan pada anak2 mereka, pandang2 dan lihat2lah aktiviti mereka dalam konteks yang lebih terbuka namun terkawal agar anak2 tidak hanyut dalam usia muda...
Bagi mereka yang mampu menjangkau pemikiran yang lebih matang (pada mereka yang diperlakukan lebih dewasa dari usia sepatutnya), nikmatilah usia anda dengan sewajarnya... Usia dewasa akan tetap kita lalui andaikata Tuhan yang Maha Esa telah menetapkannya... Dan bagi pihak yang memperlakukan mereka yang sepatutnya sudah matang (mereka yang dianggap tidak matang pada tindakan dan aktiviti dari kacamata orang yang lebih tua), lihatlah kembali aper yang sepatutnya anda berikan pada golongan ini... Andai halangan dan peraturan yang melampau ditampal di pintu rumah, anda akan melihat anak anda dari golongan 30an ke bawah memberontak dan melakukan perkara yang sememangnya anda tidak mahu anak anda lakukan... Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan...

Tuesday, June 9, 2009

SportsLink_FIFA South Africa 2009 Confederations Cup...Pre - World Cup on Course...

FIFA South Africa 2009 Confederations Cup akan bermula pada 14 Jun 2009 sehingga 28 Jun 2009 di 4 venue di Afrika Selatan... Antara venue yang telah terpilih ialah Johannesburg, Rustenburg, Mangaung / Bloemfontein dan Tshwane / Pretoria...
8 pasukan yang akan memikul cabaran dalam Confederations Cup kali ini adalah EGYPT selaku juara Piala Juara - Juara Afrika 2008, IRAQ selaku juara Piala Asia 2007, SEPANYOL selaku juara EURO 2008, AMERIKA SYARIKAT selaku juara Piala Emas CONCACAF 2007, NEW ZEALAND selaku juara Piala Negara OFC 2008, BRAZIL selaku juara Copa America 2007, ITALI selaku juara Piala Dunia 2006 dan AFRIKA SELATAN selaku tuan rumah
Perlawanan pembukaan dan juga perlawanan akhir akan berlangsung di Johannesburg...

Monday, June 8, 2009

MovieCinema_Transformers : Revenge of the Fallen...Will Come...

Kepada semua peminat setia TRANSFORMERS, jangan lupa utk mem'booking' tiket untuk menyaksikan Transformers : Revenge of the Fallen yang akan memasuki pawagam di Malaysia pada 24 Jun 2009...



Filem ke-2 Transformers ini adalah kesinambungan daripada filem pertama Transformers yang ditayangkan pada 2007 yang lepas...






Dalam Transformers yang ditayangkan pada 2007, antara watak2 yang menghiasi pasukan Autobots ialah OPTIMUS PRIME, BUMBLEBEE (Chevrolet Camaro), JAZZ (Pontiac Solstice), IRONHIDE (GMC TopKick C4500 medium-duty truck) and RATCHET (Hummer H2)...



Bagi pasukan Decepticons pula ialah MEGATRON, STARSCREAM (Lockheed Martin F-22 Raptor jet), BARRICADE (Saleen S281 police car), BONECRUSHER (Buffalo H Mine-Protected vehicle), DEVASTATOR (M1 Abrams tank) and BLACKOUT (MH-53J Pave Low III helicopter)...



Kutipan seluruh dunia bagi filem Transformers ini ialah melebihi USD 700 juta dengan bajet USD 150 juta...


Bagi filem Transformers : Revenge of the Fallen yang menelan kos USD 200 juta, Autobots dibarisi OPTIMUS PRIME, BUMBLEBEE, IRONHIDE dan RATCHET... Disertai oleh JETFIRE (SR-71 Blackbird), ARCEE, MUDFLAP and SKIDS (Chevrolet Trax and Chevrolet Beat), SIDESWIPE (Chevrolet Corvette Stingray) and JOLT (Chevrolet Volt)...

Manakala Decepticons pula dibarisi STARSCREAM, new MEGATRON, SOUNDWAVE, BLACKOUT comeback, the FALLEN, DEVASTATOR, DEMOLISHOR (Terex O&K RH400 excavator), SIDEWAYS (Audi R8), EJECTOR and SCALPEL...

Sama-sama kita nantikan TRANSFORMERS : Revenge of the Fallen 24 Jun ini...

SportsLink_FIFA South Africa 2010 World Cup...5 Pasukan Sudah Layak...

FIFA South Africa 2010 World Cup hanya akan bermula lebih kurang 367 hari dari sekarang... Pada ketika ini, hanya 5 pasukan atau negara yang telah memastikan tempat ke Afrika Selatan iaitu AFRIKA SELATAN (tuan rumah), BELANDA (zon Eropah) serta 3 wakil zon Asia iaitu KOREA SELATAN, JEPUN dan AUSTRALIA...

Selain 5 pasukan yang telah layak ini, beberapa pasukan lain juga semakin menghampiri untuk memastikan tiket ke Johannesburg seperti pasukan ENGLAND, SEPANYOL, SERBIA, JERMAN, COSTA RICA, BRAZIL dan juga PARAGUAY...

FIFA South Africa 2010 World Cup akan bermula dari 11 Jun 2010 sehingga 11 Julai 2010 di 9 venue iaitu di Cape Town (GREEN POINT STADIUM), Durban (DURBAN STADIUM), Johannesburg (ELLIS PARK STADIUM and SOCCER CITY STADIUM), Mangaung / Bloemfontein (FREE STATE STADIUM), Nelson Mandela Bay / Port Elizabeth (PORT ELIZABETH STADIUM), Nelspruit (MBOMBELA STADIUM), Polokwane (PETER MOKABA STADIUM), Rustenburg (ROYAL BAKOFENG STADIUM) dan juga Tshwane / Pretoria (LOFTUS VERSFELD STADIUM)...
Both opening and final match will be held at Soccer City Stadium in Johannesburg...

LifestyleFashionista_8 June...Juz Having Rest...So Tired...

8 Jun... Harini barulah aku dapat merasakan nikmat rehat... 3 hari sebelum ini amat2 kritikal dan memenatkan seluruh anggota badanku...
________________________________________________________________
5 Jun... Harini majlis persandingan dan kenduri umah isteri Abdul Haffiz Zakaria (classmate and schoolmate Sekolah Kebangsaan Bukit Payong 1994 - 1996)... Majlis bermula jam 3 petang dan berakhir jam 5 petang... Tapi aper yg memenatkan dan sedikit pressure ialah majlis ney adalah 1st majlis yg aku kena jadi pengapit... Huhu... Tapi bahagian makanan sgt best sbb dpt makan sumer benda yg ader kat atas meja makan beradab utk pengantin... Pengantin kan xmakan sgt... So, org laen jelaa yg mengabeskan sumenya...
6 Jun... Harini kena in-charge majlis persandingan dan kenduri Nazlia (adik Arni Nazira) dan Wan Khaidir yang berlangsung di Noor Arfa Batek Gallery di Chendering... Majlis bermula jam 10 pagi dan berakhir 6.45 petang... Event ney aku in-charge ngan Joe dan Wan... Makan2 best tapi aper yg memenatkan minda ialah melayan kerenah tuan2 dan puan2 tetamu yang hadir utk berkaraoke... Macam2 hal...
6 Jun... Berakhir majlis Nazlia dan Wan Khaidir, aku bergegas ke TTC... Sesampai jer kat sana, aku terus ajak Syakir utk pegi minum... Baru jer pas order, Mr.Nazuhar call aku mintak aku dtg ke umah abang beliau utk in-charge karaoke utk ahli keluarga beliau... Jam pada waktu itu menunjukkan 7.45 malam... Aku terus bergegas ke sana... Buat2 semua keje, tengok2 jam da kul 12.15 pagi... Waktu tu ahli keluarga Mr.Nazuhar tgh meeting utk majlis keesokannya... Knala tunggu sampai diorang abez meeting... Sambil tu kna melayan kerenah anak2 Mr.Nazuhar dan sepupu2nya... Pada ketika itu, hanya aku, Wan dan Aben sahaja yg ader... Jam 2.30 pagi barulah dapat beredar dari umah abg Mr.Nazuhar di Pasir Panjang itu...
7 Jun... Harini majlis menyambut menantu abg Mr.Nazuhar... Aku kena hadir di umah berkenaan jam 10 pagi... Keje tak banyak sangat so bleylaa rilex sket2... Tapi klu duk saje2 ney pun penat jugak... Harini dipenuhi dgn makan dan minum air... Yang in-charge utk majlis ini ialah aku, Mat Jang, Aben dan Wan... Majlis berakhir jam 5 petang... Namun hanya dapat pulang selepas jam 6.30 petang setelah mengemaskan semua barang2 sound system yang digunakan di situ...
8 Jun... Seharian tido dan rehat... Recharge balik tenaga utk digunakan pada keesokan harinya... Hehe...

Wednesday, June 3, 2009

HealthySafety_Stadium Sultan Mizan...Tragedi Selepas Setahun...

Selepas setahun berdiri megah di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, tanggal 2 Jun 2009 mengejutkan seluruh penduduk bumi Terengganu Darul Iman khususnya dan penduduk Malaysia amnya apabila pada jam 8.25 pagi, bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, venue utama bagi Sukan Malaysia 2008 (SUKMA '08) telah runtuh... Tragedi ini adalah satu kejadian yang amat mengejutkan kerana stadium berkenaan baru mencecah usia setahun...
Sebahagian bumbung bahagian utama stadium yang mencecah nilai RM272 juta yang menaungi kawasan pentas diraja, tempat duduk penonton dan juga pusat bowling telah runtuh pada awal pagi Selasa yang dianggarkan menelan nilai RM27 juta...
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada jadualnya dijangka dipenuhi dengan atlit dan pegawai yang menyertai Sukan Staf IPTA yang mana Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi tuan rumah apabila majlis perasmian dijangka diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 3 Jun 2009...
Siasatan telah bermula dan kita nantikan sahaja pihak manakah yang akan ditudingkan jari bagi memikul beban kesalahan berkenaan...

LifestyleFashionista_Being Loved and Not Being Loved...Confuzzed...

Which is more better...? Is being loved or is not being loved...? Confuzzed kan... Some people raser lagi best dan sempurna hidupnya biler 'being loved'... Tapi bagi some other people, hidup mereka semakin ceria biler 'is not being loved'... Aduhh confuzzednya...


Habis tu mana yang sepatutnya berlaku...? Kedua-duanya ader kelebihan dan kekurangan... Bersyukurlah jika anda sekarang ini sedang 'being loved' oleh seseorang... Dan janganlah raser tertekan biler anda 'is not being loved' pada ketika ini...
'Being loved' ataupun 'is not being loved' bergantung pada diri kita sendiri... Apa yang paling penting, kita mestilah menyayangi diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum 'being loved' oleh seseorang mahupun 'is not being loved'... Kerana dirimu sendiri lebih berharga...
Pilihan terletak di tangan kita sendiri... Pilihlah apa yang dirasakan terbaik dan paling sempurna bagi menyempurnakan lagi kehidupan kita semua... Cintailah diri sendiri sebelum dicintai mahupun mencintai yang lain...

Monday, June 1, 2009

PoliticScenario_Next DUN...Selepas 'PENANTI'an...Manek Urai Menyusul...

DUN Penanti telah mendapat ADUN yang baru iaitu daripada Parti KeADILan Rakyat (PKR) iaitu Mansor Othman... Calon PKR berkenaan telah menang dengan majoriti sebanyak 5,558 undi setelah mendapat 6,052 undi mengatasi 3 lagi calon Bebas yang lain...
Selepas pada ini, DUN Manek Urai di dalam Parlimen Kuala Krai, Kelantan pula akan menyaksikan pilihanraya kecil selepas ADUN Manek Urai yang memenangi DUN ini ketika Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu iaitu YB Hj.Ismail Yaakob telah meninggal dunia...
Proses penamaan calon DUN Manek Urai akan berlangsung pada 6 Julai 2009 manakala proses pengundian akan berlangsung pada 14 Julai 2009... Sama-sama kita nantikan proses demokrasi yang akan berlangsung Julai nanti...

LifestyleFashionista_May...No Rest Please...In History...

Don't have any permanent job doesn't mean I don't have to work... But, do have temporary job also quite interesting actually... You have so many chances to explore everything and anything... And be part of Event Management team gave you more experiences regarding human and other things than human...
  • 1/5_Start 'Bazaar Night Market' located at Terengganu Trade Center

  • 2/5_Going to Lutfi's sista's wedding...Have another 2 invitation by Kak Sue 'n' Arel in Ipoh also Che Wan in Rusila but cannot make it

  • 5/5_Meeting wif all 'peniaga and penjual' of the bazaar at Dewan Besar Yayasan Pembangunan Usahawan at 10.45 a.m.

  • 5/5_Man.Utd qualified to Final UEFA Champions League for the 2nd times in row

  • 7/5_Going to Jerteh Motors to settle regarding road-tax matter

  • 8/5_Depart to Langkawi at 8 a.m.

  • 10/5_Going back to Kuala Terengganu at 3 p.m.

  • 11/5_Meeting regarding next event to be handled which is 'Minggu Wanita @ Primula Hotel' which will start on 14/5/2009 till 23/5/2009

  • 11/5_Amek road-tax baru at 4.45 p.m.

  • 14/5_'Minggu Wanita' start on site and the launching ceremony will be on 17/5/2009

  • 16/5_Man.Utd won English Barclays Premier League for 18th times

  • 20/5_Temuduga Terbuka Jawatan Pegawai Tadbir Jabatan Pendidikan di Sek.Men.Tengku Lela Segara, Marang at 8 a.m.

  • 20/5_Meeting pengurusan Impiana Prima Entertainment regarding progress event yg sedang berlangsung at 11 p.m.

  • 21/5_Setting lighting and sound system di Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong sempena Majlis Makan Malam Diraja yang dihadiri Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nurzahirah

  • 22/5_Final Karaoke Minggu Wanita 2009 start at 9.30 p.m... Too busy with diz event

  • 23/5_Majlis Makan Malam Amal Semurni Kasihmu Ibu anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu di Dewan Gamelan, Hotel Primula yg disempurnakan isteri Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Toh Puan Sri Wan Hidayah...(persembahan oleh Saleem dan Ifa Raziah)... No rest for this time

  • 23/5_Kemaskan barang sound system inside Dewan Gamelan, Hotel Primula ryte after abes event Majlis Makan Malam Amal

  • 24/5_Continue kemaskan barang sound system di Karnival Minggu Wanita 2009

  • 26/5_Continue work at 'Bazaar Night Market' at TTC

  • 28/5_Produce account report regarding 'Minggu Wanita' wif Zul

  • 31/5_Produce monthly report for 'TTC Bazaar Night Market'


Tired but enjoy it... It is very interesting... More event will come next month... See again in 'Unexpecting June'...