Wednesday, April 29, 2009

SportsLink_Formula One...Vodafone McLaren Mercedes Dihukum FIA...

Aksi perlumbaan Formula One utk 3 perlumbaan yg akan berlangsung selepas ini iaitu di Litar Catalunya, Sepanyol; Litar Monaco, Monaco dan Litar Istanbul, Turki akan menyaksikan ketiadaan Lewis Hamilton dan Heikki Kovalainen akibat penggantungan pasukan Vodafone McLaren Mercedes setelah dihukum oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA)...


Hukuman itu dikenakan terhadap pasukan McLaren setelah badan pemotoran antarabangsa berkenaan bersidang di Perancis pd 29 April 2009... McLaren telah didapati bersalah memberikan maklumat yg tidak tepat kpd pegawai perlumbaan ketika perlumbaan di Litar Albert Park, Australia yg juga merupakan perlumbaan pembuka tirai musim 2009 yg telah dimenangi oleh Jenson Button dari pasukan BrawnGP...

Keputusan penggantungan daripada 3 perlumbaan ini akan menyaksikan pasukan McLaren akan terus ketinggalan setelah gagal menampilkan persembahan yg cemerlang dlm 4 perlumbaan yg telah berlangsung... Daripada 4 perlumbaan tersebut, McLaren hanya mampu mengutip 13 mata utk berada di tangga ke-4 di belakang BrawnGP (50 mata), Red Bull (27.5 mata) dan Toyota (26.5 mata)... Dan bagi kategori pemandu, Hamilton kini di kedudukan ke-7 dgn 9 mata manakala Kovalainen pula di kedudukan ke-10 dgn 4 mata...



Berdasarkan keputusan ini, pasukan Renault melalui Fernando Alonso dan Nelson Piquet yg memiliki 5 mata, pasukan BMW Sauber melalui Nico Rosberg dan Nick Heidfeld yg memiliki 4 mata malahan pasukan Scuderia Torro Rosso melalui Sebastian Buemi dan Sebastian Bourdais yg turut memiliki 4 mata, dijangka akan mengatasi pasukan McLaren selepas 3 perlumbaan berikutnya ini berakhir... Sama2 kita nantikan kejutan seterusnya dari Catalunya...

SportsLink_Champions League...1 Man.United...0 Arsenal...0 Barcelona...0 Chelsea...800 Ryan Giggs...

Kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah telah memasuki fasa pertandingan separuh akhir dgn 2 aksi pusingan pertama telah berlangsung...

Dalam perlawanan pertama, Chelsea berjaya mengikat Barcelona di Nou Camp, Barcelona dgn tanpa jaringan yg juga merupakan perlawanan pertama bagi skuad Barcelona gagal menjaringkan gol di halaman sendiri pd musim ini utk memberikan mereka nafas baru utk layak ke Final Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua berturut-turut setelah tumpas dgn sepakan penalti yg dramatik di Istanbul, Turki kpd Manchester United tahun lepas...

Pep Guardiola pula seperti terpaksa merencana percaturan yg baru utk pasukan Barcelona apabila terpaksa berkunjung ke Stamford Bridge, London utk berhadapan anak buah Guus Hiddink pada 7 Mei 2009 ini dgn kemungkinan besar tanpa 2 khidmat bek kental mereka iaitu Carles Puyol dan juga Rafael Marquez... Perlawanan yg dijangka menghasilkan jaringan yg besar bertukar wajah apabila barisan pertahanan Chelsea yg diketuai John Terry berjaya mengekang rangkaian serangan Barcelona yg terdiri drp Lionel Messi, Samuel Eto'o dan juga Thierry Henry yg telah berjaya merekodkan lebih drp 80 gol antara ketiga mereka pd musim ini... Barisan hadapan Chelsea yg diketuai Didier Drogba turut gagal mengatasi Victor Valdez di gawang Barcelona bagi memastikan peluang Chelsea ke Final Liga Juara-Juara Eropah 2009 lebih cerah...

Sementara itu dalam perlawanan kedua yg berlangsung di Theatre of Dream iaitu Old Trafford, Manchester telah menyaksikan barisan hebat bimbingan Sir Alex Ferguson menunjukkan persembahan yg cemerlang walaupun hanya berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas musuh tradisi, Arsenal...

Gol tunggal hasil rembatan kencang bek kanan United, John O'Shea pd minit ke-17 hasil umpanan Michael Carrick telah berjaya merobek gawang Arsenal yg kembali dikawal oleh Manuel Almunia... Perlawanan ini berlangsung dgn rancak sejak sepak mula apabila barisan hadapan United yg diketuai oleh Carlos Tevez dan dibantu dgn gerakan bijak Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo begitu ghairah dalam memburu gol bagi memastikan bekalan yg selesa utk perlawanan di Emirates, London pada 6 Mei 2009 ini... Percaturan Ferguson utk meletakkan Tevez dlm kesebelasan utama memberikan impak yg cukup positif apabila United menguasai hampir keseluruhan permainan babak pertama... Selain jaringan O'Shea, United dilihat mampu meletakkan kedudukan separuh masa pertama kpd 4-0 namun cubaan cantik drp tandukan Rooney, kuisan Tevez dan juga tandukan Ronaldo tidak berjaya menewaskan Almunia...

Dalam babak kedua, Arsenal dilihat telah mengimbangi perlawanan setelah Arsene Wenger memasukkan Nicklas Bendtner dan Eduardo da Silva bagi menggantikan Theo Walcott dan juga Emmanuel Adebayor... Permainan United dalam separuh masa kedua sedikit menurun tanpa banyak acahan dan percubaan yg dapat dihalakan ke arah kubu Almunia... Tindakan Ferguson menggantikan Tevez dgn Dimitar Berbatov juga dilihat sedikit merencatkan nafsu United utk memburu jaringan berikutnya... Selain Berbatov, Ferguson juga memasukkan Ryan Giggs dan Johnny Evans bagi menggantikan Anderson dan Rio Ferdinand... Giggs sendiri sebenarnya telah berjaya memperdayakan Almunia utk meletakkan bola di dalam gawang Arsenal namun jaringan beliau dibatalkan kerana offside... Sebelum percubaan Giggs, Ronaldo juga telah hampir menggamatkan Old Trafford buat kali ke-2 namun rembatan kencang beliau hanya mampu menggegarkan palang pada saat Almunia sudahpun terpaku...

Di sebalik bekalan 1 gol yg hanya memberikan sedikit kelebihan bagi United apabila bertandang ke Emirates minggu hadapan, kem United dirundung kegusaran apabila Rio Ferdinand dijangka berkemungkinan utk tidak diturunkan pada perlawanan itu kerana dibelenggu kecederaan setelah bertembung dgn Nemanja Vidic dlm perlawanan di Old Trafford... Adalah amat diharapkan agar kecederaan Ferdinand tidak serius dan beliau mampu utk kembali menerajui barisan pertahanan United agar lebih ampuh utk menongkah serangan Arsenal yg dijangka meletakkan gandingan Adebayor, Eduardo dan Bendtner dalam kesebelasan utama bagi perlawanan minggu hadapan...

Dalam perlawanan United - Arsenal ini yg merupakan pertembungan Ferguson - Wenger kali ke-39, 2009 PFA PLAYER OF THE YEAR iaitu Ryan Giggs telah membuat penampilan beliau bersama United buat kali ke-800 apabila menggantikan Anderson pd minit ke-67... Adalah dijangkakan bahawa rekod Giggs ini sukar digugat buat suatu tempoh yg panjang... Dgn 800 perlawanan menyarung jersi RED DEVILS sejak usia 17 tahun, Giggs adalah salah seorang lagenda dalam lipatan sejarah gemilang Manchester United...

Bagi peminat2 RED DEVILS, pastikan anda semua terus setia bersama RED DEVILS dan memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kpd pasukan... Jumpa lagi di The Riverside utk Liga Perdana Inggeris pada 2 Mei ini... Adiosa!!!

Tuesday, April 28, 2009

PoliticScenario_Ilham Pujangga...Pemangkin Kesetiaan dan Kesejahteraan...

Segalanya bermula dgn politik... Melihat kpd situasi negara pd hari ini, kita dapat tafsirkan bahawa perubahan dan perkembangan global turut mendatangkan kesan terhadap senario politik dan pentadbiran negara termasuk juga institusi diRaja... Selain golongan pemimpin dan profesional yg bertindak selaku penggubal undang2 negara, golongan remaja juga terlibat secara tidak langsung dlm penggubalan undang2 yg mengakibatkan tercetusnya revolusi terhadap perkembangan politik dan pentadbiran dlm negara...

Namun, perubahan yg berlaku seharusnya berlandaskan RUKUN NEGARA yg telah digariskan pd awal penubuhan negara supaya tidak tercetusnya keadaan di luar kawalan seperti yg berlaku di Thailand pd ketika ini... RUKUN NEGARA sendiri telah menggariskan bahawa:

Kepercayaan kepada Tuhan;
Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
Keluhuran Perlembagaan;
Kedaulatan Undang-undang;
Kesopanan dan Kesusilaan.

Namun didapati terdapat beberapa golongan yg mula melupakan asas RUKUN NEGARA yg telah secara terang2an melakukan penentangan secara halus dgn membelakangi asas RUKUN NEGARA yg telah dipersetujui semua kaum yg menjadi rakyat Malaysia... Bagi saya, golongan remaja turut perlu menghayati lagu 'ILHAM PUJANGGA' hasil ciptaan Ismail Haron bagi memastikan revolusi, perkembangan, cadangan, iltizam dan pencapaian golongan remaja kini terus berlandaskan RUKUN NEGARA...

Ilham
Dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana

Ia...Anak muda itu tiada mati
Kerana tergelincir kakinya
Tetapi matinya anak muda itu
Ialah kerana tergelincir lidahnya
Berdiam dirilah kamu kepada
Perkara yang bukan bukan
Bersuaralah kamu kepada
Perkara yang memberi kebaikan

Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan
Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu
Kepada yang ramai...Sayang...
Pandang yang ramai
Kepada yang satu

Usahlah ditanya apakah bakti negara untukmu
Tetapi tanyalah apakah baktimu untuk negara
Berjasalah kamu untuk keharmonian negara

Kau katakan padaku sekarang puan
Apakah pendapat kau
Atas kewajipan muda-mudi

Pembela
Harapan dan tiang
Segala bangsa dan negara

Bagaimanakah cara yang patut
Aku tunjukkan kewajipanku

Kau mempunyai akal bukan
Tepuklah dada tanya selera

Sungguhkanlah hatimu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah dirimu
Dari perkara yang merugi

Maaf mudi dan muda
Kususun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa.
_________________________________________________________________________

Segala kemajuan, keselamatan, kejayaan dan kedaulatan undang2 akan terpikul di atas bahu golongan remaja dan belia apabila tiba masanya... Adalah amat diharapkan agar segalanya akan senantiasa baik dan sempurna agar negara kita akan terus aman dan makmur serta turut dihormati di peringkat antarabangsa...

Monday, April 27, 2009

SportsLink_Formula One dan MotoGP...Permulaan Terus Mengujakan...Man.Utd Terus Bertakhta...Selangor ke Piala AFC, Kelantan ke Old Trafford...

2 aksi perlumbaan jentera (kereta dan motosikal) bertaraf dunia semakin hangat dgn kejutan dan keajaiban...Litar Sakhir di Bahrain utk Formula One dan Litar Motegi di Jepun bagi MotoGP menampilkan persaingan yg cukup sengit dan dramatik...

Bagi aksi Formula One, pusingan ke-4 yg berlangsung di litar di tengah2 padang pasir di Sakhir berlangsung dlm cuaca yg cukup panas slps 2 aksi di Sepang dan Shanghai berlangsung dlm hujan lebat... Dan keputusannya, sekali lagi sentuhan ala Midas oleh pasukan BrawnGP telah meletakkan Jenson Button buat kali ketiga setelah 4 pusingan menjulang trofi kejuaraan... Manakala seorang lagi pelumba BrawnGP iaitu Rubens Barrichello menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-5... Juara di Litar Shanghai, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull menduduki tempat ke-2 dan pelumba Toyota, Jarno Trulli menduduki tempat ke-3...

Bagi juara 2008, Lewis Hamilton dari McLaren, kedudukan ke-4 pd perlumbaan di Sakhir adalah kedudukan terbaik baginya slps 4 pusingan diharungi... Manakala pasukan Ferrari pula akhirnya berjaya memperoleh mata selepas Kimi Raikonnen berjaya menduduki tempat ke-6...

Kedudukan keseluruhan pemandu terus dikuasai Button slps mendapat 31 mata, diikuti Barrichello dgn 19 mata dan Vettel dgn 18 mata... Bagi kategori pengeluar, BrawnGP yg pertama kali menyertai F1 terus menguasai persada dgn 50 mata diikuti pasukan Red Bull dgn 27.5 mata dan Toyota di tempat ke-3 dgn 26.5 mata... Formula One akan berehat selama 2 minggu sblm beralih ke litar2 di Eropah dimulakan dgn perlumbaan di Litar Catalunya, Sepanyol pd 8 Mei hingga 10 Mei 2009...
_________________________________________________________________________

Bagi perlumbaan MotoGP yg memasuki perlumbaan ke-2 slpas Litar Doha, Qatar yg dikuasai oleh Casey Stoner dari Ducati, perlumbaan ke-2 di Litar Motegi, Jepun ini dimenangi oleh Jorge Lorenzo dari Yamaha... Kekecewaan terus mengulit Valentino Rossi dari Yamaha apabila buat kali ke-2 berturut2 gagal menjuarai perlumbaan walaupun berjaya mengungguli saingan ujian masa... Namun, Rossi berjaya menduduki tempat ke-2 buat 2 perlumbaan terdahulu ini... Dani Pedrosa dari Honda pula menduduki tempat ke-3 bagi perlumbaan di Motegi ini...

Kedudukan keseluruhan bagi MotoGP kini dikuasai oleh Lorenzo dgn 41 mata, diikuti oleh Rossi dgn 40 mata dan Stoner dgn 38 mata... Perlumbaan MotoGP yg berikutnya akan berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol pada 1 Mei hingga 3 Mei 2009 ini...
_________________________________________________________________________

Dalam Liga Perdana Inggeris pula, kelab KEBANGGAANKU, MANCHESTER UNITED terus berjaya mengungguli dan menjarakkan diri dari Liverpool selepas berjaya menundukkan tekanan Tottenham Hotspur di Old Trafford dgn 5-2... Spurs bermula dgn rentak yg mengejutkan apabila berjaya mendahului United dgn 2-0 sehingga separuh masa selepas Darren Bent dan Luka Modric berjaya mengatasi kehebatan Edwin Van der Sar di gawang United...

Namun segalanya berubah 100% pd separuh masa kedua terutamanya selepas United dihadiahkan sepakan penalti yg dinilai ramai sbg satu kontroversi... Apa sekalipun, 2 jaringan Cristiano Ronaldo, 2 jaringan Wayne Rooney serta jaringan bekas bintang pujaan Spurs, Dimitar Berbatov terus meletakkan United 3 mata di hadapan Liverpool dgn 1 perlawanan kurang drp Liverpool... Kedudukan United akan lebih kukuh seandainya berjaya memanfaatkan extra 1 perlawanan itu... Arsenal pula dilihat semakin rancak mengejar Chelsea utk kedudukan ke-3 liga bagi memastikan slot ke Liga Juara2 Eropah terjamin...

Sementara itu, United terus dihiasi dgn keceriaan setelah bintang yg dicungkil dr Akademi Manchester United iaitu RYAN GIGGS telah berjaya menjulang anugerah PFA PLAYER OF THE YEAR buat kali pertama slps berjaya menjulang PFA YOUNG PLAYER OF THE YEAR sebanyak 2 kali... Giggs yg kini memburu penampilan ke-800 bersama United kini berusia 35 tahun dan mula menyarung jersi utama RED DEVILS pd usia 17 tahun... Namun begitu, 2 calon United utk PFA YOUNG PLAYER OF THE YEAR kali ini iaitu Johnny Evans dan Rafael gagal mengatasi Ashley Young dr Aston Villa utk anugerah itu... Dalam pd masa yg sama, 6 pemain United telah membarisi PREMIER LEAGUE TEAM OF THE YEAR iaitu Edwin Van der Sar, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Patrice Evra, Cristiano Ronaldo dan Ryan Giggs...

Selepas ini,Manchester United akan menunggu kedatangan Arsenal bagi separuh akhir Liga Juara2 Eropah pd hari Rabu ini manakala utk Liga Perdana Inggeris akan berkunjung ke Riverside utk bertemu dgn Middlesbrough pd 2 Mei 2009... Pada semua peminat dan die-hard MAN.UTD, pastikan sokongan yg tidak berbelah bahagi kpd pasukan kita ini... GLORY-GLORY MAN.UTD...
_________________________________________________________________________

Dalam pd itu, kemeriahan bolasepak dlm negara juga tidak ketinggalan... Dan pasukan Selangor telah menjulang kejuaraan Piala FA kali ke-5 dgn menewaskan Kelantan selepas perlawanan yg tiba2 dramatik pd waktu tambahan yg berakhir dgn 1-1 slps jaringan Norfarhan Mohamad disamakan oleh Amri Yahya pd saat2 akhir perlawanan utk membawa ke penentuan penalti yg menyaksikan Selangor menang dgn 4-1... Selain itu, kapten Selangor dan juga penjaring gol Selangor iaitu Amri Yahya turut dipilih sbg Pemain Terbaik Perlawanan...

Sementara itu, kejuaraan Piala FA ini telah memastikan Selangor utk bermain dalam pertandingan Piala AFC pd musim hadapan... Manakala bagi pasukan Kelantan pula, walaupun gagal menjulang kejuaraan, pihak pengurusan telah menjanjikan lawatan ke Old Trafford kpd semua pemain dan pegawai sebaik sahaja mereka layak ke perlawanan akhir Piala FA ini...

PoliticScenario_DUN Penanti...Antara Rakyat dan Pendirian...

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dalam satu sidang akhbar semalam telah mengumumkan bahawa pilihanraya kecil Dun Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang akan diadakan pd 31 Mei 2009 didahului dgn proses penamaan calon pd 23 Mei 2009...
Pilihanraya kecil DUN Penanti dijadualkan semula apabila bekas ADUN Penanti yg juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairuddin meletakkan jawatan setelah menghadapi beberapa masalah serta pendirian beliau utk menyambung pelajaran beliau... Dalam Pilihanraya Umum ke-13 yg berlangsung pd 8 Mac 2008, Mohd Fairuz yg mewakili Parti KeADILAN Rakyat (PKR) telah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Jalil Majid dgn majoriti 2,219 undi...
Sekiranya berlaku pertandingan pd 31 Mei ini, pilihanraya ini adalah pilihanraya kecil ke-6 yg diadakan berikutan kematian dan juga perletakan jawatan penyandang yg memenanginya pd PRU ke-13 setelah pilihanraya kecil di Parlimen Permatang Pauh (Pulau Pinang) yg dimenangi oleh PKR, Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu) yg dimenangi PAS, Parlimen Bukit Gantang (Perak) yg dimenangi PAS, DUN Bukit Selambau (Kedah) yg dimenangi PKR dan DUN Batang Air (Sarawak) yg dimenangi BN...Setelah hanya 13 bulan selepas PRU ke-13, terdapat beberapa pendapat bahawa 6 pilihanraya kecil ini akan terus diikuti dgn beberapa pilihanraya kecil yg lain menjadikan tempoh pentadbiran yg menyaksikan pilihanraya kecil terbanyak diadakan...
Terdapat pelbagai pendapat yg diutarakan oleh rakyat setelah SPR menetapkan pilihanraya kecil di DUN Penanti ini... Adakah satu kemestian pilihanraya diadakan setelah penyandang mengumumkan keputusan utk meletakkan jawatan bg memberi laluan kpd pilihanraya utk diadakan..? Selama ini, kita hanya menyaksikan bahawa pilihanraya kecil akan diadakan apabila penyandang meninggal dunia ataupun menanggung penyakit serius yg mengakibatkan penyandang tidak mampu berkhidmat kpd rakyat di dlm Parlimen atau DUN berkenaan...Daripada 5 pilihanraya kecil yg telah berlangsung, 2 daripadanya terpaksa dijalankan apabila penyandang mengambil keputusan utk meletak jawatan dan pilihanraya di DUN Penanti menjadikannya yg ke-3 terpaksa diadakan kerana penyandang meletak jawatan...
Beberapa pihak juga menyatakan kekecewaan kerana pada dasar dan hakikatnya, apabila pilihanraya kecil terpaksa diadakan, kos pengurusan yg tinggi terpaksa dikeluarkan bagi menanggung segala kos perbelanjaan sepanjang pilihanraya terutamanya bagi keselamatan pengundi...
Barisan Nasional melalui Presiden BN menyatakan hasrat bahawa kemungkinan utk tidak meletakkan calon di DUN Penanti kerana merasakan tidak wajar bertanding semata-mata melayan sikap pihak pembangkang...Namun Pakatan Rakyat (PR) melalui Penasihat PKR menyatakan kesediaan utk terus bertanding dan meluahkan rasa gembira jika BN tidak bertanding...Terdapat juga yg telah menyatakan hasrat utk bertanding atas tiket Bebas bg pilihanraya kecil ini...
Bagi saya, rakyat harus didahulukan...Kepada penyandang kerusi pd ketika ini, berkhidmatlah kpd rakyat di kawasan masing2 dgn sebaiknya...Tanpa rakyat, anda tidak mampu utk bergelar WAKIL RAKYAT... Segalanya terletak kpd keputusan parti samada mahu bertanding ataupun mahu bergembira dgn melaburkan byk wang semata-mata utk pilihanraya kecil... Bertindaklah secara bijak apabila anda bergelar wakil rakyat...

Friday, April 24, 2009

TraveLogue_School Holidays on Its Way...Langkawi, Here I Come...

Hello guys... School holidays juz around da corner again... If I'm not mistaken, there's only another 2 weeks 2 go before da school having da holidays... Dats mean 7th of April is da last day... Hmmm tp xpasti pulak berapa lama sekolah akan bercuti... Tp memandangkan senarai jemputan kenduri yg memenuhi ruangan meja di ruang tamu rumahku, mebi cuti skolah nie sebulan kot... Hehe...

Tapi papepun, yg paling menggembirakan ialah cuti skolah kali ney, aku akan gi Langkawi... Klu org lain lebih ghairah klu nk ckap sal travel luar dr Malaysia, kali nie aku nk btaw nape aku hepi sgt nk gi Langkawi ney... Actually da most important reason adalah aku sndiri da 20 tahun xgi sane... Hmm lame kan... 1st and 4 da last time pegi masa umur 5 tahun dats mean tahun 1989... Wah!!! Belom '90an pun lagi... Jadi, sudah pasti pelbagai perubahan dan kemajuan yg akan aku bakal saksikan nnt...

PoliticScenario_UMNO...Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang Baru...Perubahan Didambakan...

Hari ini 24 April 2009, Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan barisan baru Pengerusi Badan Perhubungan UMNO bagi semua negeri... Dan hakikatnya, 8 negeri menerima Pengerusi yg baru, manakala 5 lagi Pengerusi telah dikekalkan...
Datuk Seri Najib sendiri dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, manakala Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan... Naib Presiden, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dilantik sbg Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal dilantik sbg Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah...
Selain itu, Ahli MT UMNO, Datuk Mustapha Mohamed dilantik sbg Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan... Manakala Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr.Md Isa Sabu dilantik sbg Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr.Zambry Abd.Kadir dilantik sbg Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak...


Bagi negeri Terengganu, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah diumumkan sbg Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yg baru bg menggantikan Datuk Ahmad Said, manakala Datuk Ahmad dilantik sbg Timbalan Pengerusi... Satu perlantikan yg boleh dikatakan sedikit mengejutkan... Namun, dari sudut positif bolehlah dikatakan perlantikan itu merupakan satu lagi pembaharuan dan penambahbaikan yg dilakukan oleh Datuk Seri Najib utk memastikan UMNO terus relevan utk org Melayu... Diharapkan kepada semua ahli UMNO Negeri Terengganu menerima perlantikan ini dgn hati yg terbuka dan bersatu hati utk menggembleng tenaga bagi memastikan UMNO kembali dpt menarik minat semua rakyat terutamanya org Melayu... Semoga ahli UMNO Negeri Terengganu akan terus bersatu di bawah pimpinan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sbg Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yg baru... Dan kpd Datuk Seri Hishamuddin, selamat datang ke Negeri Terengganu dan selamat bertugas...

Thursday, April 23, 2009

SportsLink_RED DEVILS...Glory Glory Man.Utd...Part 2...

Hello guys... Welcome back to da RED DEVILS' history through Mizie's view... Hehe... History ney sumer adalah aper yg aku taw setelah aku meminati dan menyokong kelab Old Trafford ney... Maknanya, sumer yg aku akan nukilkan adalah kejayaan, bintang, kenangan, kekuasaan, kesedihan, kejutan dan segalanya tentang United selepas tahun 1993...


Kenangan memenangi double pd tahun '93 walaupun sudah begitu hampir utk mencapai treble dlm pertandingan domestik termasuk juga Perisai Komuniti (Charity Shield) dgn menewaskan Arsenal dlm penentuan sepakan penalti terus meletakkan pasukan yg dibimbing Sir Alex Ferguson mula dicemburui pasukan lawan serta pengurus2 lain selepas itu... Pada ketika Ferguson sudah berkira-kira utk melepaskan jawatan setelah mendapat bantahan dan desakan drp penyokong fanatik RED DEVILS yg mula memuncak, Ferguson telah melakukan beberapa urusan perpindahan dan pembelian pemain baru yg cukup memberikan impak yg begitu besar kpd perjuangan Ferguson dan barisannya slps itu...


Beberapa pemain telah dibawa oleh Ferguson ke Old Trafford seperti Eric Cantona (dari Leeds pd '92), Peter Schmeichel (dari Brondby pd '91), Andrei Kanchelskis (dari Shakhtar Donetsk pd '91), Dennis Irwin (dari Oldham pd '90), Paul Parker (dari QPR pd '91) dan Roy Keane (dari Nottingham Forest pd '93) telah berfungsi dgn begitu sempurna dan telah menjadi lagenda kpd Man.Utd dan membantu Ferguson utk terus kekal di kerusi pengurus Man.Utd...
















Ditunjangi juga dgn keserasian bintang sedia ada spt Mark Hughes, Steve Bruce, Gary Pallister, Brian McClair, Paul Ince dan Lee Sharpe, dan dibantu dgn kehadiran pemain2 berbakat dr Akademi Bolasepak Man.Utd pd '90an yg lebih dikenali "Fergie's Fledglings" spt Ryan Giggs, Gary Neville, Phill Neville, Paul Scholes, Nicky Butt dan David Beckham, Man.Utd terus bernafsu utk memburu kejuaraan demi kejuaraan utk peminat mereka...

Selepas kecemerlangan musim 1993/94 yg diakhiri dgn 2 kejuaraan, musim 1994/95 telah bermula dgn lebih gemilang apabila United berjaya mengekalkan Perisai Komuniti (Charity Shield) dgn menumbangkan Blackburn Rovers 2-0 hasil jaringan Cantona dan Ince... Ketika pasaran perpindahan musim 1994/95 dibuka pd Julai '94, Ferguson hanya menambah kekuatan United dgn seorang pemain iaitu David May yg dibeli dari Blackburn bg mengisi ruang yg ditinggalkan oleh Parker yg sering dihimpit masalah kecederaan...


Namun apabila tiba Januari '95, Ferguson telah mengejutkan bolasepak England apabila mendapatkan Andy Cole dari Newcastle... Cole berjaya melakukan rekod jaringan dgn menjaringkan 5 gol ketika bertemu dgn Ipswich yg berkesudahan United menang 9-0... Namun segalanya bagaikan tidak menjadi pd musim itu apabila United gagal memenangi kejuaraan liga mahupun Piala FA... Selain kegagalan menjuarai kejuaraan utama, 'King Eric' juga telah digantung selama 6 bulan apabila didapati bersalah menyerang dan melakukan tendangan ala-kungfu terhadap penyokong Wimbledon di Selhurst Park... Dan penyokong RED DEVILS makin suram di akhir musim apabila Ferguson mengejutkan semua peminat dgn menjual Ince, Kanchelskis dan juga Hughes...


Dalam masa yg sama, para pengkritik Ferguson mula bertambah lantang dlm bersuara dgn mengatakan bahawa United akan terus merudum dan tidak akan berjaya memenangi kejuaraan dgn barisan 'mentah' termasuk tanpa 3 bintang berstatus elit yg dijual akhir musim 1994/95... Dalam pd itu, Ferguson hanya menambah Ronny Johnsen dr Besiktas dan 'babyface assassin' Ole Gunnar Solskjaer dr Molde pd musim perpindahan 1995/96... Utk melihat apakah hasil dan kejutan drp barisan 'mentah' bimbingan Sir Alex Ferguson ini, nntikan episod seterusnya dalam Part 3...

Wednesday, April 22, 2009

SportsLink_RED DEVILS...Glory Glory Man.Utd...Part 1...

Hye guys... Especially for da die-hard Man.Utd fans outside there and also especially to Aiman and Gee... Man.Utd Forever dude... Mlm nie tepat jam 3 pagi Man.Utd akan lawan ngan Portsmouth pulak... Boleh dikatakan sbg vital game sbb smlm Liverpool gagal menyekat Andrei Arshavin drp menggegar gawang diorg sebanyak 4 kali... Dan aku rasa nasib jgk Yossi Benayoun dpt scored minit 92 tu... So, smlm Liverpool da fulfill game ke-33 diorang dgn hanya 1 mata menjadikan 71 mata secara keseluruhan dan sama mata dgn Man.Utd sedangkan team kita baru je nak main game ke-32 dgn Portsmouth nnt...
Selepas barisan pelapis Man.Utd telah mendapat ajaran yg begitu berharga apabila terpaksa akur kpd nasib Everton yg layak ke akhir Piala FA, perlawanan mlm ini akan menyaksikan kembalinya tonggak Man.Utd yg akan menyaksikan Sir Alex Ferguson kembali membariskan barisan bintang Man.Utd utk memastikan bahawa 3 mata yg amat diperlukan berjaya dimiliki... Andai strategi dan percaturan malam ini berhasil, Man.Utd akan memiliki 74 mata dgn turut memiliki kelebihan 1 lagi perlawanan berbanding Liverpool... Oleh yg demikian, kejuaraan Barclays Premier League akan terus kekal di Old Trafford utk tahun ke-3 berturut-turut...
Sejarah hidup aku dgn pengaruh bolasepak sebenarnya bermula pada thn 1990 apabila ayah aku meminta aku menonton final Piala Dunia '90 yg berlangsung di Germany dgn pasukan tuan rumah iaitu Germany berjaya menjulang Piala Dunia setelah mengatasi Argentina dgn 1-0 hasil jaringan Andreas Brehme... Selepas berakhirnya Piala Dunia '90, minat aku terhadap bolasepak semakin bercambah... Dlm masa yg sama, aku mula mengenal Claudio Caniggia (Argentina), David Seaman (England), Roberto Baggio (Italy), Gabriel Batistuta (Argentina), Lothar Matthaeus (Germany), Carlos Valderrama (Colombia), Claudio Taffarel (Brazil), Ruud Gullit (Holland) dan beberapa pemain terkemuka lain yg mula menjajah kepala otak aku...


Genius with hair-weirdo, Ruud Gullit

Germany World Cup '90 Captain, Lothar Matthaeus

Sejarah aku meminati kelab bolasepak yg diberi gelaran 'RED DEVILS' pula bermula sejak tahun 1993 lagi... Entah dari mana secara tiba2 aku telah ditakdirkan utk meminati Man.Utd... Pada thn berkenaan, Man.Utd dgn barisan bintang2 spt Eric Cantona, Peter Schmeichel, Andrei Kanchelskis, Brian McClair, Mark Hughes, Lee Sharpe, Steve Bruce, Gary Pallister, Dennis Irwin, Paul Ince, Paul Parker dan lain2 telah melakukan double dgn menjuarai Liga Perdana Inggeris dgn beza 8 mata ke atas Blackburn Rovers dan juga Piala FA dgn menumbangkan Chelsea 4-0 hasil double dr Cantona dan juga gol dr McClair dan Hughes... Man.Utd juga nyaris melakukan treble pd thn itu jika tidak tewas kpd Aston Villa dgn 1-3 dgn Hughes menjaringkan gol tunggal United...(will continue in Part 2...Wait 4 dat ya...)

p/s: And for da update... MAN.UTD 2 PORTSMOUTH 0... So, we are back to the top of da table wif 3 points clear and total 74 points plus another 1 match in hand... Thanks to Rooney and Carrick... But Neville and O'Shea been obstructed wif injuries... Hope everything gonna be okay for da both players...

HobbyTwista_Ramlee Awang Murshid 2009...MIKHAIL the Best...

Setelah sekian lama penantian selama 12 bulan selepas 'Hijab Sang Pencinta', akhirnya pada 29/3 dapat jugak kumiliki 'MIKHAIL'... Buah tangan terbaru Ramlee Awang Murshid kali ini setanding dan sehebat 'ADAM'...
Jika 'ADAM' yg dihasilkan pd 2002 mempunyai kekuatannya yg tersendiri dgn memaparkan survival seorang anggota polis Malaysia yg juga merupakan penembak tepat @ lebih dikenali sharpshooter yg berdepan dgn masalah dan fitnah di Amerika Syarikat, kali ini Ramlee memilih utk memaparkan kisah seorang lelaki yg lurus yg telah dihilangkan ingatan dan dijadikan sbg seorang pembunuh upahan yg tidak pernah tersasar sasarannya sbg jalan cerita dlm 'MIKHAIL'...
Namun, unsur cinta dan kasih-sayang masih menjadi elemen persamaan yg dipaparkan dlm kedua-dua kisah... Seumpama kasih-sayang Mya Sara terhadap Hilman dlm 'ADAM', begitulah juga kasih dan sayang yg ditonjolkan Reina Raihana terhadap Mikhail dlm novel 'MIKHAIL'...
Jadi, adalah amat disarankan agar anda semua mendapatkan novel 'MIKHAIL' di pasaran dgn segera... Hehe... Rugi woo klu tak baca...Hahaha...Orait... See you all in da next chapter...Adiosa!!!

Tuesday, April 21, 2009

LifestyleFashionista_March...Most Awaiting Month...In History...

The most awaiting month in my life come again... Tp, bertambahlaa lg 1 nombor dlm hidupku jd 25... Da 'Jubli Perak' rupenya biler tiba TAR123 nnt... Hehe... Anyway, ayah, umie, I love both of u so much for everything dat both of u been done for diz 25 years... Now, let we see what in my diary of March...
  • 1/3 _ Email draf novel to Mr.Ruzaimi
  • 7/3 _ Going to Karnival Sua Rasa TV9 @ Dataran Shahbandar wif Naqiu
  • 8/3 _ Bowling wif Bihah and Kak Long @ Diman Superbowl
  • 10/3 _ Bowling wif Kak Long @ Diman Superbowl
  • 11/3 _ Going to Geng Terengganu's office hantar invois to Mr.Hussin (Presiden Geng Terengganu)
  • 12/3 _ My 25th Birthday
  • 12/3 _ Bowling wif Kak Long @ Diman Superbowl
  • 13/3 _ Bowling Tournament anjuran UMNO Bahagian K.Terengganu @ Diman Superbowl (berjaya dpt Top 30 Kategori Lelaki)
  • 14/3 _ Going to Ipoh wif Pak Awie's family, Mak De's family and Cik till 17/3
  • 18/3 _ Going to SPR settlekan tukar alamat daftar pemilih
  • 19/3 _ Going to kenduri kahwin Zuhar @ Permint Jaya
  • 23/3 _ Bad time... Demam teruk till 27/3
  • 29/3 _ Going to Pesta Buku @ TTC

Byk ngan maen bowling kan... Hurmmm... Xpandai sgt pun maen tp nk buat cmne da org ajak kan... Anyway next time klu ader yg nak maen bowling, boleylaa ajak... Orait dude... Gua chow dulu lar... Jumpe lg next time ya dlm 'April Speed Fever'... Adios!!!

LifestyleFashionista_February...Memory of Sadness...In History...

Hye guys... Back again wif walkdown of memory lane... Hehe... Diz year February ada 28 hari jer... So kesian kt my kezen, Alin sbb birthday dia 29th February... Xpe sbb last year dia da celebrate ckup2 sbb sambut 4 thn sekali jer birthday dia... Now, let we recheck what I'd done for this February...
  • 2/2 _ Mak Sue dtg umah wif Cik and overnite @ my house
  • 4/2 _ Umie happy 2day sbb da dpt Honda Citynya
  • 10/2 _ Meeting wif Management Karnival Usahawan UMT @ KUSTEM regarding paintball (going wif Ali)
  • 11/2 _ Setting paintball (shooting range) @ UMT
  • 13/2 _ Last day paintball @ UMT
  • 19/2 _ Training paintball wif Unit Perbendaharaan SUK Terengganu
  • 21/2 _ Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di TER
  • 21/2 _ Paintball Tournament anjuran Unit Perbendaharaan SUK Terengganu
  • 22/2 _ Bowling wif Bihah and Kak Long @ Diman Superbowl
  • 23/2 _ Settlekan payment utk register KPLI
  • 27/2 _ Paintball DUN Kuala Nerus anjuran Jabatan Belia dan Sukan Terengganu

Well... Walaupun sedikit sedih dan hiba, life must go on kan... Nampak February lg proaktif dari January... Xpelaa... Masalah dah selesai and sumer da kembali cam biase... 'My Month' will come next... Hehehe...

LifestyleFashionista_January...New Beginning of 2009...In History...

New year come and go... Everybody come wif da new vision, new mission and new hope as 2008 leaving us and 2009 come... Juz wanna share and also as a memory for me... Let we see what had I done for January 2009...
  • 9/1 _ Going to Mak Sue's house in Ipoh wif Pak Awie's family and Cik (my granny)
  • 11/1 _ Going to Cameron Highland on da way back to K.Terengganu
  • 13/1 _ Setting paintball field for next event
  • 16/1 _ Kejohanan Sukan Ekstrem @ Paintball Rakan Muda anjuran Geng Terengganu
  • 17/1 _ Pilihanraya Kecil Parlimen K.Terengganu
  • 18/1 _ Tabizi came over to Terengganu and stay @ my house
  • 24/1 _ Going to kenduri kahwin Che Kay (my x-boss) and Sarah @ Panji Alam

Dat's all guys... The things dat I think important being done by me during January 2009... After diz, see u all again for 'Memory of February'...

Monday, April 20, 2009

LifestyleFashionista_Kau Aku...Hidup Biarlah Sentiasa Ceria Walau Dugaan Melanda...

Kau dan aku, adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku, engkau selalu ada
Biar kata memisah kita

Biarkan saja
Kerana terbiasa

Chorus :
Mengejar mimpi, yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku, walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita

Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ooohhh….

Mengejar mimpi, yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti


Ooohhh..Oohhh..Ooohhh…
_____________________________________________________________________________

Hidup walau pelbagai dugaan mendatang, harus diharungi dgn segala usaha ketabahan dan kesabaran... Segala masalah mesti dihadapi dgn tenang agar kita tidak terlampau obses dgn masalah itu sehinggakan segala usaha utk menjadi insan yg berjaya terjejas...
Cinta sejati amat sukar dicari... Walau sekukuh dan sekuat mana cinta kita pd seorang, jika tiada keserasian dan kepercayaan, segalanya akan musnah... Pupuklah kasih sayang berteraskan kepercayaan dan ketulusan hati agar pasangan kita akan menjadi teman sehidup semati yg paling istimewa...

FinancialView_Take a Break...Business News 1...

Hello guys... Take a break for a while... Kat sini aku juz nak inform pd saper2 yg berniat + bermimpi + bersungguh2 utk menukar handphone lama @ tak cukup baru kpd handphone yg baru yg baru keluar dr kotak handphone, aku kat sini nk cadangkan korang yg berperasaan demikian agar pegi kedai handphone kt mane2 cheq harga dlu, then bagitau aku model ape yg korang beria sgt nak tu... Manalah tau harga yg aku tawarkan lg 'mengejutkan' korang... Maksud aku insya Allah lg murah dr kedai yg korang tgk larr... Tp klu kt kedai tu lg murah, korang angkat jela... Tp klu nk bandingkan harga, boleh contact aku... Semua model insya Allah ada... Notis ini diutamakan kpd mereka yg berada di sekitar Pantai Timur, tp klu korang kt Lembah Klang ke, Lembah Pantai ke, Utara Semenanjung ke, Selatan Malaysia ke, Selatan Thai ke, sumer bolehlaa... Orait setakat nie saja dulu 'Take a Break'... Kita jumpa lg di lain masa... Adios!!!

PoliticScenario_Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan...

Tanggal 3 April 2009, pentadbiran negara kita sekali lagi menyaksikan peralihan kuasa tertinggi negara buat kali ke 5 dan negara telah menyambut kedatangan YAB Perdana Menteri ke 6 iaitu Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yg mengambil alih jawatan tertinggi dalam kerajaan drp YABhg Tun Abdullah bin Hj.Ahmad Badawi...
Drp tagline 'CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG' yg dilaungkan oleh YABhg Tun Abdullah, YAB Datuk Seri Mohd Najib telah menampilkan tagline baru berupa 'SATU MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN; PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'...
Semoga kesejahteraan negara akan terus bersama YAB Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia akan terus bersama-sama YAB Perdana Menteri untuk memacu kejayaan negara menjadi sebuah negara yg maju dan dipandang tinggi oleh negara2 maju yg lain...

LifestyleFashionista_March...Vision of My Future...

Personaliti Mac sebagaimana yg dikaji oleh Dato' Dr.Fadzillah Kamsah... Let we see how many info dat are same wit me... Hehehe...

MAC

- Berpersonaliti yang menarik dan menawan
- Mudah didampingi
- Sangat pemalu dan pemendam rasa
- Sangat baik secara semulajadi (jujur, pemurah dan mudah simpati)
- Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian
- Sangat peka kepada orang lain
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
- Tidak cepat marah dan sangat amanah
- Tahu balas dan kenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam
- Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal
- Suka berangan-angan
- Suka melancong
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
- Kelam-kabut dalam memilih pasangan
- Suka dengan hiasan rumah tangga
- Punyai bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan kepada benda yang baik(istimewa)
- Tidak terlalu moody

So what you guys think...? Post me some comments bout diz ya...

Sunday, April 19, 2009

SportsLink_Penalty Disaster...One Cup Away From Old Trafford...

What a miss... Man.Utd had missed the chances to create a record of 5 championship in a season after a 2-4 penalty disaster to Everton at Wembley just now... The decision of Sir Alex Ferguson to play just 3 players from the Dragao's win gave a big blow to them... Only Anderson, Rio Ferdinand and Nemanja Vidic played as 1st eleven for United in the game before Patrice Evra, Paul Scholes and Dimitar Berbatov came as substitution... Penalties that been taken by Berbatov and Ferdinand being saved by ex-Man.Utd skipper, Tim Howard as Vidic and Anderson managed to put the ball behind Howard...
Sungguh kecewa apabila menyaksikan barisan yg boleh dikatakan sbg barisan pelapis yg dipertaruhkan oleh Fergie tidak mampu menembusi tembok benteng Everton... Peluang2 keemasan juga amatlah sedikit dpt dicipta oleh kesebelasan yg turut disertai Foster, Rafael, Fabio, Ji-sung, Gibson, Welbeck, Macheda dan Tevez ini... Namun, percaturan Fergie ini semestinya diyakini walaupun gagal utk mara ke final FA Cup tahun ini, perjuangan United masih belum berakhir dengan Barclays Premiership dan UEFA Champions League yg masih dalam pemburuan...
Walaupun gagal meraih 5 kejuaraan, 2 kejuaraan yg telah dimiliki dengan 2 lagi utk diteruskan, rekod 4 kejuaraan dalam satu musim ditambah dgn Perisai Komuniti adalah satu rekod yg amat2 membanggakan dan tidak mampu dicabar pasukan lain... Sepastinya United boleh!!! Kepada penyokong2 RED DEVILS, teruskan kesetiaan kita bersama pasukan dan percaturan genius Sir Alex Ferguson... Jumpa lagi dlm perlawanan2 yg akan datang...

SportsLink_Formula One Terus Mengejutkan...

Hari nie Litar Shanghai di China menjadi saksi seterusnya bahawa pasukan gergasi yg memiliki pemandu berwibawa spt FERRARI (Fillipe Massa & Kimi Raikonen), McLAREN (Lewis Hamilton & Heiki Kovalainen) serta WILLIAMS (Nico Rosberg & Robert Kubica) akan terus menggigit jari pd musim ini...
Selepas 3 pusingan yg dilalui dimulakan dgn Albert Park di Australia diikuti Sepang di Malaysia dan hari ini di Shanghai, China, kesemua perlumbaan itu dimenangi pelumba yg boleh dikatakan sbg pelengkap kpd kemeriahan Formula One...
Jenson Button sememangnya mengejutkan semua pihak dgn back-to-back win di 2 perlumbaan awal di Australia dan Malaysia diikuti dgn kedudukan ketiga di China... Pasukan BRAWN GP yg diwakili Button dan Ruben Barrichello kini mendahului kategori pengeluar meninggalkan jauh pasukan McLAREN serta WILLIAMS dan juga FERRARI yg terus bergelut dgn prestasi kereta mereka tanpa sebarang mata utk kategori pengeluar... Manakala Button pula mengungguli kategori pemandu dan mengecapi kegemilangan itu pd ketika ini bersama Barrichello yg menduduki tangga kedua keseluruhan kategori pemandu... Syabas kpd pasukan BRAWN GP serta kedua-dua pelumba mereka....
Hari ini, kejutan terus berlaku di China... Selepas hujan yg menamatkan perlumbaan di Sepang dgn lebih awal, semua pelumba dapat mengharungi hujan di Shanghai utk memastikan perlumbaan dpt ditamatkan dgn jumlah pusingan yg semaksima mungkin... Dan kejuaraan di Shanghai adalah milik pasukan RED BULL melalui pemandu utama mereka dari Jerman, Sebastian Vettel... Kedudukan podium turut dikongsi seorang lg pelumba RED BULL iaitu Mark Webber... Syabas utk pasukan RED BULL dan kedua-dua pemandu mereka....
2 perlumbaan iaitu di Albert Park dan Shanghai diakhiri dgn podium 1-2 milik pasukan BRAWN GP dan RED BULL... Dijangkakan bahawa ledakan kejutan dari kedua-dua pasukan ini serta pasukan TOYOTA akan membayangi kehebatan dan keunggulan pasukan2 tradisi seperti FERRARI, McLAREN dan WILLIAMS...
Seterusnya perlumbaan akan bertumpu di Timur Tengah apabila GP Bahrain akan berlangsung dari 24 April hingga 26 April... Sama2 kita nantikan ledakan kejutan seterusnya... Adakah Bahrain juga akan menyaksikan hujan lebat mengiringi perlumbaan spt di Malaysia dan China... Sama2lah kita nantikan perlumbaan pusingan ke-4 di Bahrain pada 26 April 2009... Kita nantikan dan jumpa di sana....

Saturday, April 18, 2009

FinancialView_Kegawatan Ekonomi Dunia...

Melihat perkembangan keadaan ekonomi dan politik semasa di seluruh dunia, dijangkakan kemelesetan ekonomi yg melanda seluruh dunia sejak pertengahan tahun 2008 yg lalu hanya akan dapat dipulihkan seawal2nya pd tahun 2010... Akibat dr kemelesetan ekonomi yg melanda ini, ramai pekerja2 mahupun pegawai2 telah dibuang kerja mahupun dipotong pendapatan bulanan mereka agar pihak pengurusan yg menggaji mereka dpt terus beroperasi spt biasa walaupun pd kadar dan keadaan serta suasana yg amat luar biasa...
Kemelesetan ekonomi sentiasa memberi kesan yg amat mendalam kpd seluruh warga dunia... Dr mereka yg terlibat dgn sektor kerajaan sehinggalah sektor swasta bahkan mereka yg mengusahakan perniagaan sendiri, turut merasa tempias masalah ini... Kadar pengangguran juga terus meningkat dari sehari ke sehari walaupun pelbagai usaha yg murni telah dilakukan...
Akibat drp kemelesetan ini, sy dgn ini ingin mencadangkan kpd graduan2 yg menganggur terutamanya supaya merebut peluang drp masalah global ini utk menceburi bidang perniagaan terutamanya dlm sektor pertanian dan perusahaan... Sektor pertanian telah membuktikan kpd dunia bahawa mampu muncul sbg sektor yg cukup produktif dan proaktif utk melahirkan usahawan2 yg berjaya...
Sektor lain yg terbuka utk diceburi adalah pelancongan dan pembuatan barangan kraf ataupun lebih dikenali produk D.I.Y ( Do It Yourself )... Bidang sukan pelancongan ataupun sports-tourism juga boleh mendatangkan pulangan yg cukup lumayan jika anda berani utk mengambil risiko utk menceburinya...
Tahun 2009 baru menghampiri pertengahan tahun... Jadi ambillah langkah yg bijak utk kita bersama-sama membuktikan bahawa rakyat Malaysia dan negara Malaysia mampu muncul sbg negara yg terawal keluar dr kepompong masalah kemelesetan dan kegawatan ekonomi... Jika ada sebarang pandangan dan usul yg mahu dibincangkan, anda semua sbg sahabat dan rakan amatlah dialu-alukan utk mengemukakannya... BE YOURSELF and ACHIVE YOUR TARGET BY BUSINESS...

Welcome to My World...

Hye guys... Hope everybody are always in gud health ya... 1st of all, I would like to welcome all of u to my blog... And selamat datang kpd sumer member2 yg lame dan juga member2 yg baru... Sorryla sbb xpandai sgt nk buat welcoming speech ney sebenarnya...
1st of all, pd yg belum mengenali, my name is MOHD TARMIZI A.RAZAK... 25 years old on 12th March 2009... And now stay in Kuala Terengganu... Xde adik-beradik selain drp rakan2 dan sahabat2 yg memahami diriku ini... Graduan Department of Landscape Architecture, International Islamic University of Malaysia... And forever being die-hard fan of MANCHESTER UNITED FOOTBALL CLUB...Haa if ader lg yg nak tau, jangan malu2 dan jangan segan2 utk mengemukakan persoalan dan pertanyaan...
I really hope dat u all will enjoy and gain some knowledge also info from my blog later on... Mebi kita juga dpt share pengalaman, info, pendapat, pandangan, kewangan... Eh! Kewangan pun xsalahkan klu nk share... Hahaha...
Haa pd yg ada financial n kewangan yg berlebihan tu, sudi2 laa utk berkongsi dgn mereka yg tak berkemampuan dan tak bernasib baik... Insya Allah rezeki u all akan bertambah dan bertambah jika u all berkongsi dgn mereka yg sedikit kurang bernasib baik ney... Ada sedikit, kita kongsikan sedikit... Ada banyak, kita sama2 nikmati aper yg banyak itu... Semoga limpahan kurnia dr Allah S.W.T akan terus berkekalan kpd kita sebagai hambaNya yg lemah ini...
Pada mereka yg mengenali saya mahupun yg baru mengenali ataupun yg baru ingin mengenali, sekali lagi sy ucapkan WELCOME TO MY BLOG... Enjoy da info, gain the knowledge, keep up the spirit and finally, never let ur spirit dies... PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN dan YOU CAN DO ANYTHING TO ACHIEVE THE GLORY...