Friday, July 31, 2009

IslamicBaraqah_Ukuran Kebahagiaan...Apa Pilihan Anda..?

Segala apa yang dimiliki tidak akan dirasakan sempurna jika apa yang dimiliki itu tidak membahagiakan kita... Pada apa yang saya rasakan, kebahagiaan itu akan dicapai dan dimiliki andai kita memiliki 4 faktor yang di bawah...
  • Memiliki rumahtangga @ tempat tinggal...
  • Memiliki makan dan minum yang cukup...
  • Memiliki isteri @ suami yang menyayangi...
  • Memiliki kesihatan yang baik...

Seperti apa yang saya nyatakan di atas, kebahagiaan insya - Allah akan dicapai apabila 4 faktor di atas dapat kita miliki... Apa pendapat anda sekalian...??

Thursday, July 30, 2009

LifestyleFashionista_Sir Mizie...Additional Career Ended...

Today, 30th July 2009 at 3 pm officially I'd finished my additional career as a teacher @ sir at Sekolah Menengah Agama Durian Guling, Marang... For da whole July and 15 days in June I'd gave my full commitment to da school and share my knowledge wif da students especially for my students in da 3 Al-Ghazali, 3 Al-Khindi, 3 Al-Farabi, 4 Al-Ghazali, 4 Al-Tirmidzi, 4 Al-Khindi and 5 As-Syafie... Sudden before end of school hour when I met da Penolong Kanan I SMKADG, Pn. Hafizah Mohd Said, she said datz I might be recalled to replace another teacher in 1 or 2 weeks time... Hurmmm...

Wednesday, July 29, 2009

LifestyleFashionista_Can You Help Me..?Tolong Ingatkan Saya...

Nak minta tolong sikit boley tak...?

Tolong ingatkan saya
Andai saya terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan...

Tolong ingatkan saya
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan...

Tolong ingatkan saya
Dengarlah dan bacalah al-Quran
Tika radio penuh hiburan
Tika televisyen penuh Hindustan...

Tolong ingatkan saya
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran...

Tolong ingatkan saya
Kalau bercinta biarlah keranaNya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak iman dihindari syaitan...

Tolong ingatkan saya
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan...

Tolong ingatkan saya
Diri ini milik yang kuasa kepadaNya
Jiwa diserah segala-galanya
Dialah tumpuan dan impian...

Tolong sentiasa ingatkan saya... Hidup ini suatu perjalanan yang belum diketahui jaraknya... Ada yang beroleh perjalanan yang panjang... Ada yang beroleh perjalanan yang sederhana... Dan ada juga yang beroleh perjalanan yang singkat... Walau sejauh manapun perjalanan kita, hanya kepadaNya yang akan menanti...
Thanx and credit to Khasiah Othman for da idea and gave me inspiration to write diz...

Tuesday, July 28, 2009

SportsLink_Manchester United...2009 Audi Cup...


After completed 2009 Far East Tour on 26 July 2009 in China, Manchester United arrived in Munich to compete in 2009 Audi Cup which start today till 30 July 2009...




4 teams will take part in Audi Cup... Besides United, other 3 teams are Bayern Munich, Boca Juniors and AC Milan... For this time challenge, United had been drawn to face Boca Juniors while Bayern Munich will face AC Milan in other match...



Which team will lift da 2009 Audi Cup..?? I really hope United will show a very great potential as we are on our way to lift da Barclays Premier League for da 4th time in da row...

LifestyleFashionista_Lelaki Idaman...Coretan Seorang Pelajar...

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang yang buta, bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang papa
Buta, kerana matanya sunyi daripada melihat perkara2 maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Ilahi...


Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu, bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak lekang membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran...


Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yang bakhil
Bakhil, bakhil dalam memberikan senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadat kepada Penciptanya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILLALLAH
Kembali megah di muka bumi
Dan dia seorang yang kaya dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa...



Thanx and credit to Nurul Nadia Mohd Din for giving me an inspiration to write diz down...

Monday, July 27, 2009

SportsLink_Tour de France 2009...Perlumbaan Berprestij Kali ke-96...

Bermula 4 Julai 2009 yang lalu sehingga 26 Julai 2009, Tour de France berlangsung dengan jayanya sebanyak 21 peringkat... Perlumbaan berprestij yang dilangsungkan buat kali ke-96 ini disertai sebanyak 20 pasukan yang dikategorikan sebagai pasukan2 profesional yang berkelas A dalam perlumbaan berbentuk jelajah seperti ini... Selain Tour de France, 2 lagi perlumbaan jelajah iaitu Giro d'Italia dan Le Vuelta de Espana turut merupakan perlumbaan berstatus 'Hors' di dalam kalendar UCI... Perlumbaan Tour de France pada tahun 2008 telah dimenangi oleh Carlos Sastre dari Sepanyol manakala rekod kemenangan terbanyak Tour de France dikuasai oleh Lance Amstrong dari Amerika Syarikat dengan 7 kejuaraan Jersi Kuning sejak 1999 hingga 2005...
Perlumbaan Tour de France kali ini disertai nama2 besar dalam dunia lumba basikal seperti Carlos Sastre (Sepanyol) dan Thor Hushovd (Norway) dari pasukan Cervelo Test Team yang berpangkalan di Switzerland; Cadel Evans (Australia) dari pasukan Silence-Lotto yang berpangkalan di Belgium; Alberto Contador (Sepanyol), Lance Amstrong (Amerika Syarikat) dan Levi Leipheimer (Amerika Syarikat) dari pasukan Astana yang berpangkalan di Kazakhstan; Fabian Cancellara (Switzerland), Frank Schleck (Belanda), Jens Voigt (Germany) dan Stuart O'Grady (Australia) dari pasukan Saxo Bank Team yang berpangkalan di Denmark; Oscar Freire (Sepanyol) dari pasukan Rabobank yang berpangkalan di Belanda; Mark Cavendish (Britain) dan Kim Kirchen (Belanda) dari pasukan Columbia-HTC yang berpangkalan di Amerika Syarikat; Rinaldo Noncentini (Itali) dari pasukan Ag2R-La Mondiale yang berpangkalan di Perancis; Alexandre Pichot (Perancis) dari pasukan Bouygues Telecom yang berpangkalan di Perancis; Tom Boonen (Belgium) dari pasukan QuickStep yang berpangkalan di Belgium; Sergei Ivanov (Rusia) dari pasukan Katusha yang berpangkalan di Rusia...
Perlumbaan 21 peringkat pada tahun ini meliputi 10 peringkat landai, 7 peringkat pendakian, 1 peringkat separa pendakian, 2 peringkat ujian masa individu dan juga 1 peringkat ujian masa berpasukan... Perlumbaan pada tahun ini bermula di Monaco dan berakhir di Paris melalui beberapa bandar utama di Perancis seperti Marseille, Montpellier, Perpignan, Saint-Girons, Colmar, Annecy dan juga Mont Ventoux...Perlumbaan ini juga melalui Barcelona di Sepanyol...
Dalam perlumbaan bagi jelajah yang berprestij ini, Jersi Kuning (Juara Keseluruhan) telah berjaya dikuasai oleh Alberto Contador dari pasukan Astana dengan masa keseluruhan 85 jam 48 minit 35 saat... Ini diikuti oleh Andy Schleck dari pasukan Saxo Bank dengan ketinggalan 4 minit 11 saat di belakang Contador... Tempat ketiga keseluruhan dikuasai oleh Lance Armstrong juga dari Astana dengan ketinggalan 5 minit 24 saat dari Contador...
Jersi Hijau (Raja Pecut) pula dikuasai oleh Thor Hushovd dari pasukan Cervelo Test Team... Hushovd mengumpul 280 mata diikuti oleh Mark Cavendish dari pasukan Columbia-HTC dengan 270 mata dan Gerald Ciolek dari pasukan Milram dengan 172 mata...
Jersi Polka-Dot (Raja Bukit) dikuasai oleh Franco Pellizotti dari pasukan Liquigas dengan 210 mata diikuti oleh Egoi Martinez dari pasukan Euskaltel-Euskadi dengan 135 mata dan Alberto Contador dari Astana dengan 126 mata...
Jersi Putih (Juara Remaja) pula dimiliki oleh Andy Schleck dari pasukan Saxo Bank diikuti Vincenzo Nibali dari Liquigas dan juga Roman Kreuziger dari Liquigas...
Franco Pellizotti dari Liquigas juga diumumkan sebagai Pelumba Paling Menyerlah dalam jelajah kali ini... Mark Cavendish dari Columbia-HTC juga menguasai 6 peringkat dalam perlumbaan musim ini diikuti hanya 2 peringkat oleh Alberto Contador...
Juara Keseluruhan Berpasukan pula dikuasai oleh pasukan Astana dengan masa keseluruhan 256 jam 2 minit 58 saat... Ini diikuti oleh Garmin-Slipstream 22 minit 35 saat di belakang dan Saxo Bank ketinggalan 28 minit 34 saat...

Sunday, July 26, 2009

SportsLink_Hungary and Britain...1st Win for McLaren...1st Win for Dovizioso...

McLaren Mercedes through 2008's World Champion, Lewis Hamilton clinched da 1st championship in 2009 after Hamilton finished da race in Formula 1 ING Magyar Nagydij 2009 in Hungaroring juz now... After a great season in 2008, McLaren had a very worst season in 2009...
In da race, Hamilton finished 11.5 seconds ahead Kimi Raikonnen from Ferrari and 16.8 seconds ahead of 2009's Germany GP, Mark Webber from Red Bull Renault... Nico Rosberg from Williams and Heikki Kovalainen from Ferrari finished fourth and fifth in da race...
As the race in Hungary finished, Jenson Button from BrawnGP still leading with 70 points followed by Webber with 51.5 points... Sebastian Vettel from Red Bull are third with 47 points and Rubens Barrichello from BrawnGP coming fourth with 44 points followed by Rosberg with 25.5 points in fifth...
After this, da race will continue in Europe Grand Prix as da 11th Grand Prix take place in 2009 Formula 1 Telefonica Grand Prix of Europe in Valencia on 21 August 2009 till 23 August 2009...
In da same moment, da 10th MotoGP in Donington Park, Britain create an upset after Andrea Dovizioso from Repsol Honda clinched da 1st title in his career... Dovizioso from Italy finished da race ahead of Colin Edwards from Monster Yamaha Team and followed by Randy de Puniet from LCR MotoGP Team... All of them are first timer to be on da podium for this season and this is da first podium for Dovizioso and de Puniet...
Alex de Angelis are on fourth place while Valentino Rossi only managed to finish fifth followed by James Toseland, Marco Melandri, Niccolo Canepa, Dani Pedrosa and Mika Kallio finished 10th place...
After 10th MotoGP finished, Rossi is still on the top for overall standing by 187 points followed by Jorge Lorenzo with 162 points and Casey Stoner with 150 points... Dani Pedrosa is fourth with 115 points and Colin Edwards is fifth with 103 points...
Da 11th MotoGP will be held on 14 August 2009 till 16 August 2009 as da Cardion AB Grand Prix Ceske Republiky in Brno, Czech Republic will be...

SportsLink_Peace Cup 2009...Who will be da Champion..??

Peace Cup 2009 ataupun Piala Keamanan 2009 diadakan di Andalucia, Sepanyol pada ketika ini... Pasukan2 yang bertanding untuk merebut kejuaraan Peace Cup ini adalah sebanyak 12 pasukan yang dibahagikan kepada 4 kumpulan... Pasukan2 yang bertanding adalah : Kumpulan A (Juventus - Itali; Seville - Sepanyol; Seongnam Ilhwa - Korea Selatan), Kumpulan B (L.D.U - Ecuador; Real Madrid - Sepanyol; Al Ittihad - Arab Saudi), Kumpulan C (Malaga - Sepanyol; Aston Villa - England; Atlante - Mexico) dan Kumpulan D (Besiktas - Turki; Olympique Lyon - Perancis; Porto - Portugal)... Peace Cup akan berlangsung sehingga 2 Ogos 2009...

Saturday, July 25, 2009

LifestyleFashionista_SMKADG...Camping or Juz Havin Fun..?It's so Tiring...

Today I'd completed my first major event wif SMKA Durian Guling by attending 'Perkhemahan Mega Badan Beruniform' at Kenyir Lake... The camping which started on Thursday 23 July 2009 had finished wif a controversy...
Ditugaskan pada asalnya sebagai pengganti Guru Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia bagi menggantikan En.Aliff Hafiz bin Mohd, saya telah membuat hampir pelbagai tugas ketika berada di tapak perkhemahan... Mungkin ini berlaku kerana saya terlalu 'enjoy' untuk berkhemah..? Antara tugas tetap yang dijalankan oleh saya di tapak perkhemahan selama 3 hari 2 malam itu adalah seperti Urusetia, Jawatankuasa Makanan & Minuman, Jawatankuasa Kawalan & Keselamatan dan juga Kem Komanden..!! Sepanjang perkhemahan berlangsung, saya hanya melelapkan mata selama 10 minit pada hari Sabtu 25 Julai 2009 selepas Solat Subuh..!! Aduhh..!! Bayangkan sehinggakan ada beberapa orang guru lain yang menyatakan saya menggunakan bahan terlarang bagi memastikan diri ini sentiasa berstamina untuk menjalankan segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan...
Namun yang demikian, apa yang lebih dan teramat membanggakan adalah berkaitan unit yang diselia oleh saya sendiri iaitu Bulan Sabit Merah Malaysia... Sepanjang perkhemahan, setiap unit diwajibkan menyertai 9 aktiviti yang menawarkan pelbagai hadiah... Adalah sesuatu yang membanggakan apabila Bulan Sabit Merah Malaysia Putera berjaya menjadi juara kategori Khemah Terbaik, tempat ke-2 Jungle Trekking, juara Futsal dan juga juara bagi Futsal Tangan..!! Bagi Bulan Sabit Merah Malaysia Puteri, mereka berjaya menduduki tempat ke-2 dalam Kembara Santai, tempat ke-3 Jungle Trekking dan juga ke-2 Bola Tangan... Tahniah bagi semua 22 ahli Bulan Sabit Merah Malaysia...!!
Namun apa yang lebih mengejutkan adalah apabila Sir Mohd Tarmizi A.Razak telah diumumkan sebagai GURU TERBAIK PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SMKADG KALI KE-12..!!

Thursday, July 23, 2009

IslamicBaraqah_Syaaban...Bulan Rasulullah Menjelang Lagi...

Tarikh 23 Julai 2009 adalah bersamaan dengan 1 Syaaban 1430 Hijrah... Syaaban merupakan bulan yang amat digemari oleh Rasullullah S.A.W. sehinggakan Baginda pernah bersabda : Bulan Rejab adalah bulan Allah, Bulan Syaaban adalah bulanku dan Bulan Ramadhan adalah bulan umatku...
Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda : Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak...
Antara kelebihan bulan Syaaban adalah :
  • setiap amalan kebajikan akan digandakan Allah S.W.T. dengan 700 kali ganda
  • Allah S.W.T. akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya
  • sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, di pertengahan dan di akhirnya, Allah S.W.T. akan menuliskan baginya pahala 70 orang Nabi dan pahala beribadat selama 70 tahun

Kelebihan utama bulan Syaaban adalah malam Nisfu Syaaban... Malam yang dipenuhi dengan baraqah ini berlaku pada malam ke-15 bulan Syaaban pada setiap tahun... Antara kelebihan malam Nisfu Syaaban adalah barangsiapa yang mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya maka Allah S.W.T.akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat di samping doanya tidak akan ditolak...

Namun yang demikian, bagi mereka2 yang menyekutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu yang lain, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba', derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan juga mereka yang memutuskan tali silaturrahim, segala amalan yang dilakukan pada malam Nisfu Syaaban tidak akan diterima Allah S.W.T...

Segala yang tercatat adalah sebahagian daripada kelebihan bulan Syaaban yang juga dikenali dengan Bulan Rasulullah...

Wednesday, July 22, 2009

LifestyleFashionista_23 July 2009...Happy Birthday to YAB...

Mewakili rakyat di Kg.Bukit Payong, Marang, saya dengan ini ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran ke-56' kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak... YAB Datuk Seri akan menyambut ulangtahun kelahiran pada 23 Julai 2009 bersamaan dengan 1 Syaaban 1430 Hijrah... Semoga YAB Datuk Seri akan terus berjaya memimpin rakyat Malaysia terutamanya dalam menyatupadukan rakyat berbilang bangsa yang menjadikan Malaysia suatu negara yang unik... Semoga rakyat Malaysia akan terus bersama-sama dengan YAB Datuk Seri dalam menjayakan aspirasi 1Malaysia yang diinspirasikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak...

Tuesday, July 21, 2009

SportsLink_Barclays English Premier League...20 Days Left to Kick Off...


The most interesting football league in da world which is Barclays English Premier League will kick off in 20 days time with da FA Community Shield match in Wembley... In that match, 2008/2009 Barclays English Premier League Champion, Manchester United and Sir Alex Ferguson will settle down another great battle with 1 of their heavyweight contender which is Chelsea and Carlo Ancelotti which is da 2008 English FA Cup Champion... Da match will be set off on 9 August 2009... I really can't wait for diz new season becoz I really think datz there are more than 4 teams datz will challange United to extend da trophy to be at Old Trafford... Da challenge might come from Chelsea, Arsenal, Liverpool and also Manchester City...

Monday, July 20, 2009

LifestyleFashionista_Daulat Tuanku...Dirgahayu Tuanku Mizan...


Tanggal 20 Julai 2009 merupakan tarikh sambutan Ulangtahun Rasmi Keputeraan Sultan Terengganu iaitu Al - Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al - Muktafi Billahi Shah... Baginda adalah Sultan Terengganu yang ke-16 dan pada ketika ini merupakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang ke-13 yang mula ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda pada 13 Disember 2006... Baginda juga telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada 15 Mei 1998...


Sebagai rakyat yang taat setia kepada pemerintahan Raja Berperlembagaan, patik amat bertuah kerana dapat berkhidmat di bawah pemerintahan Tuanku dan bertaat setia yang patik akan sentiasa menuruti segala perintah Tuanku sebagai pemerintah... Patik juga berharap agar dalam pemerintahan Tuanku, negeri Terengganu khasnya dan juga negara Malaysia amnya akan mendapat nikmat dan manfaat dalam segala bentuk pembangunan dari segi infrastruktur mahupun dari segi pembangunan rohani...


Diharapkan juga agar Allah S.W.T akan melanjutkan usia Tuanku bersama - sama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Tuanku Nurzahirah serta juga putera dan puteri Tuanku berdua iaitu Tengku Nadhirah Zaharah, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mu'az dan Tengku Fatimatuz Zahra'... Daulat Tuanku...


SELAMAT SULTAN


Allah daulatkan Tuanku Sultan

Terengganu Darul Iman

Allah peliharakan Tuanku Sultan

Sejahtera sepanjang zaman

Allah rahmatkan Tuanku Sultan

Memerintah rakyat aman

Sunday, July 19, 2009

SportsLink_MotoGP...'The Doctor' Takluk Sachsenring...Kuasai 101 Grand Prix...


Valentino Rossi dari pasukan Fiat Yamaha kembali memenangi kejuaraan MotoGP apabila berjaya menguasai perlumbaan Alice Motorrad Grand Prix Deutschland 2009 setelah mengusai sepanjang perlumbaan selepas memulakan perlumbaan dari petak utama... MotoGP Germany di Litar Sachsenring adalah perlumbaan ke-9 dalam kalendar MotoGP musim 2009...


Dalam perlumbaan di Sachsenring semalam, Rossi berjaya mengawal asakan berterusan yang dilakukan oleh jaguh Sepanyol yang turut mewakili pasukan yang sama dengan beliau iaitu Jorge Lorenzo... Lorenzo menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 di hadapan cabaran rakan senegara beliau yang mewakili pasukan Repsol Honda iaitu Dani Pedrosa... Tempat ke-4 pula berjaya diraih oleh pelumba Australia yang mewakili pasukan Ducati Marlboro iaitu Casey Stoner manakala tempat ke-5 dikuasai oleh Alex de Angelis dari San Marino yang mewakili pasukan San Carlo Honda Gresini...


Ini adalah kemenangan ke-101 Grand Prix bagi 'The Doctor' dalam sejarah pembabitan beliau dalam perlumbaan... Rossi meraikan kejuaraan ke-100 beliau dalam Grand Prix di Litar Assen, Belanda beberapa minggu yang lalu...


Selepas perlumbaan di Sachsenring, Rossi terus menguasai kedudukan keseluruhan MotoGP dengan memperoleh 176 mata diikuti oleh Lorenzo dengan 162 mata dan Stoner dengan 148 mata... Pedrosa menduduki tempat ke-4 dengan 108 mata diikuti Colin Edwards dengan 83 mata dan Marco Melandri dengan 70 mata...


Kejuaraan MotoGP akan diteruskan dengan perlumbaan pusingan ke-10 di Litar Donington Park bagi kejuaraan British Grand Prix 2009 pada 24 Julai 2009 sehingga 26 Julai 2009...

LifestyleFashionista_SMKA's Attitude...Where Are They Heading To...??

This morning was my second times attending SMKADG public assembly that being held once in two weeks... For the second times experienced the school's public assembly as a teacher (...only just a replacement teacher for 45 days...) and I also lost count on how many school's public assembly datz I'd been attended in my life especially in secondary school which was my beloved SHAMS (...also not forgotten SKBP, SKB and SKCB...), I still wonder and thinking why are they acting like datz...
The real things datz I mean is the attitude of the students especially our Malay students who confessed that they are Muslims, are not react like they are really a Muslim especially when attending the public and formal assembly... As a student in a school, either you are Malay who is a Muslim, or Chinese who is a Buddhist, or Indian who is a Hindu, or you are Christian, you are supposedly and being asked in any public or formal occasions to give full attention to the persons who are talking or giving any speeches and advises in front of all of you... You are absolutely not being allowed to talk or make any noises especially when the program had started...
But in the real world nowadays, since I'd been selected to be a school prefect from 1992 till 1996 and 1998 till 2001 (...as to be a General Secretary of School Prefects Board...), and also since I'd been a teacher, there are always other unwanted voices that can be heard beside the voice of the person who speak in front of the crowd... And today, against I can feel and see that the disappointment of the teachers especially from the senior management of the SMKA, when this situation continuously unstoppable...
Now,I can admit datz it is so hard to teach a group of people rather than to control a flock of cows... Why I say that..? As for your information, I think datz when you are getting older and older (...especially when some of you think you are better than otherz...) you are getting harder to accept or receive any else instructions or orders... As I can see lately, the students who are in Form 3 till Form 5 are the most hard group to be advised...
Actually what I really want to highlight here is about the attitude of our Muslims' students who are studying in the school datz entitled of 'Sekolah Menengah Kebangsaan Agama' or simply being imprinted as 'SMKA's STUDENTS'...!!! What had happened to them actually..?? Or what had happened to MOST of them actually...?? Some of the teachers also had significantly expressed their upset regarding the attitude's problems of their students...
There is no teacher in this world who want to see their students failed in the examinations... And as I can see, the best and the most unforgettable times for the teacher, is when their students being success in their public examinations especially UPSR, PMR, SPM and also STPM...
But the most priceless moment for a teacher is when he or she receive a news datz his or her students being a successful persons in life... And to be a successful persons, besides full of knowledge and full of informations, once also must put and give a full effort to upgrade their attitude and discipline so that the can achieve their target to be 'INSAN KAMILAH' (...the perfect person...)... I also hope and wish datz our Muslims students can be ahead of otherz especially when we are talking about attitude and discipline in every field especially in school...

Friday, July 17, 2009

SportsLink_Manchester United...2009 Far East Tour...


Manchester United's Far East Tour 2009 will begin in Kuala Lumpur, Malaysia after Manchester United's squad that consist of 22 players arrived in Kuala Lumpur International Airport, Sepang this afternoon... United's flight safely arrived in KLIA at 12.15 p.m...

Sir Alex Ferguson had lined 22 players for this Tour consist of Edwin Van der Sar, Tomasz Kuszczak, Ben Foster; Patrice Evra, Johnny Evans, Rio Ferdinand, Gary Neville, Wes Brown, John O'Shea, Fabio da Silva; Nani, Zoran Tosic, Darren Fletcher, Anderson, Darron Gibson, Paul Scholes, Michael Carrick, Ryan Giggs; Michael Owen, Dimitar Berbatov, Federico Macheda and Wayne Rooney...

4 other key players had been ruled out from the squad because of the injuries and they are Nemanja Vidic, Owen Hargreaves, Rafael da Silva and Danny Welbeck... 2 new signings besides Owen who are Antonio Valencia and Gabriel Obertan also been ruled out...

Due to the schedule, Manchester United will begin the Tour against Malaysia XI at Bukit Jalil Stadium on 18 July 2009... On 20 July 2009, United will face Indonesia XI at Gelora Bung Karno Stadium... On 24 July 2009, United will be in Seoul to play FC Seoul at World Cup Stadium and United will end their Tour in China on 26 July 2009 where United will face Hangzhou Greentown at Dragon Stadium in Hangzhou...

But as United arrived in Kuala Lumpur, a bombing blasting happened in Jakarta especially in the Ritz-Carlton Hotel which will be the official accommodation for United in Jakarta... For their safety, United had been informed to the Indonesian FA that they will not make the Tour to Jakarta due to their safety...






















Thursday, July 16, 2009

PoliticScenario_Its All About Myself...Change Place of Election...

On 27 February 2008, I had checked my status of election... And I had been realized that my polling area was at Besut, Terengganu Darul Iman... In PARLIAMENT BESUT and DUN HULU BESUT... What can I do...? I had made up my decision not to go back to Terengganu to vote for 2008 General Election due to that problem and some other problems...
I had made my petition to change my polling area around December 2008... And on 16 July 2009 after I checked my status, my petition had been done... After this I will voting for PARLIAMENT MARANG and DUN ALUR LIMBAT...

LifestyleFashionista_Yayasan 1Malaysia...Pemangkin Konsep 1Malaysia...

Yayasan 1Malaysia telah secara rasmi diumumkan apabila YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah diumumkan secara rasmi sebagai Penaung Yayasan 1Malaysia... Yayasan 1Malaysia menamakan 8 individu penting sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan...
Mereka adalah Dr. Chandra Muzaffar, Dato' Seri Idris Jala, Dato' Dr. Ismail Ibrahim, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Prof. Emeritus Dato' K.J. Ratnam, Tan Sri Lee Lam Thye, Dr. Mahani Zainal Abidin dan Dato' Seri Tony Fernandes... Mereka adalah orang2 yang bertanggungjawab dalam merangka pelan tindakan dan perjalanan Yayasan 1Malaysia ini dengan dibantu sepasukan pakar yang akan diumumkan kemudian bagi melicinkan perjalanan Yayasan 1Malaysia ini...
Yayasan 1Malaysia akan menekankan dan memberi sepenuh perhatian terhadap 3 aspek utama penubuhan Yayasan 1Malaysia ini... Aspek pertama adalah untuk membantu badan2 bukan kerajaan dalam meningkatkan aspirasi dan kefahaman terhadap konsep 1Malaysia... Aspek kedua adalah untuk memastikan dan mengadakan dialog, perbincangan mahupun kajian terhadap polisi2 awam terhadap rakyat mahupun yang berkaitan dengan perpaduan rakyat Malaysia... Manakala aspek ketiga adalah untuk berkomunikasi menerusi melalui pelbagai jenis media bagi menyebarkan keistimewaan konsep 1Malaysia ini...
Diharapkan agar penubuhan Yayasan 1Malaysia ini akan menambahkan kefahaman rakyat terhadap aspirasi negara untuk mengembangkan konsep 1Malaysia di seluruh negara...

Wednesday, July 15, 2009

SportsLink_English Premier League...English 'Real Madrid'...


Manchester City semakin menjadi-jadi dalam usaha kelab berkenaan untuk menjadi antara 'Fantastic 4' Liga Perdana Inggeris... Selepas diambil alih oleh pemilik baru yang bertaraf 'billionaire' seperti Roman Abramovich mahupun pemilik City yang lalu iaitu Thaksin Shinawatra, Manchester City terus mengorak langkah dan pada musim perpindahan sebelum liga kembali bermula bulan Ogos ini, City telahpun menjadi kelab yang seumpama 'Real Madrid' Britain...


Sehingga hari ini sahaja, Manchester City sudah menandatangani Gareth Barry dari Aston Villa, Roque Santa Cruz dari Blackburn Rovers, Stuart Taylor dari Aston Villa dan juga Carlos Tevez dari Manchester United... Keempat2 mereka akan menyertai bintang2 sedia ada di City seperti Robinho, Shay Given, Nigel de Jong, Wayne Bridge, Stephan Ireland, Elano, Valeri Bojinov, Shaun Wright-Phillips, Vincent Kompany, Micah Richards dan Craig Bellamy di dalam barisan bimbingan bekas bintang kesayangan Manchester United, Mark Hughes...


Adakah City akan berjaya menyingkirkan satu daripada 'Fab 4' EPL ketika ini yang didominasi oleh Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool...? Sama2 kita nantikan...

Tuesday, July 14, 2009

PoliticScenario_N41 DUN Manek Urai...Masih Sama Walau Hampir Mengejutkan...


Sejumlah 87.33% pengundi atau 10,736 orang pengundi daripada jumlah keseluruhan 12,293 pengundi yang berdaftar keluar menunaikan kewajipan mereka dalam memilih Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru bagi N41 DUN Manek Urai yang termasuk di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai sama ada dari parti Barisan Nasional ataupun PAS...


Dan setelah keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil N41 DUN Manek Urai, Adnan Hussin pada jam 8.55 malam di Dewan Petra, SMK. Sultan Yahya Petra 1,Mohd Fauzi Abdullah dari parti PAS telah diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru bagi menggantikan Allahyarham Ismail Yaacob yang meninggal dunia pada 22 Mei yang lalu akibat sakit jantung...Mohd Fauzi menewaskan pencabar tunggal dari parti Barisan Nasional iaitu Tuan Aziz Tuan Mat setelah memperoleh 5,348 undi berbanding 5,283 undi... Jumlah majoriti pada kali ini mengecil kepada hanya 65 undi...


Dalam seminggu kempen pilihanraya ini, tiada sebarang masalah dan kekecohan yang berlaku di Manek Urai... Namun yang demikian, terdapat beberapa kekecohan yang berlaku di beberapa pusat pembuangan undi pada hari pengundian dijalankan... Masih berada ditakuk lama kerana penyokong2 parti masih berkelakuan seumpama manusia tidak bertamadun apabila membaling botol dan batu kepada petugas parti lain... Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam kepesatan arus pembangunan dan kemodenan negara kita...

Monday, July 13, 2009

SportsLink_RED DEVILS...Glory Glory Man.Utd...Part 3...

Jersi musim 1963

Hello guys... Menjelang permulaan musim baru Liga Perdana Inggeris 2009/2010 pada 15 Ogos 2009 dengan perlawanan menentang Birmingham City di Old Trafford dan juga perlawanan merebut Perisai Komuniti menentang Chelsea pada 9 Ogos 2009 di Wembley, aku akan mengimbau serba sedikit perkembangan jersi yang dipakai oleh bintang2 Red Devils dari awal penubuhan Newton Health Club sehinggalah Red Devils berdiri megah pada hari ini...


Dan di sini dipaparkan beberapa koleksi jersi2 yang pernah digayakan dan digunakan oleh bintang2 Red Devils di atas padang terutama sekali di atas Old Trafford...
















Jersi berwarna biru di sebelah kiri digunakan pada kejohanan Kelab Eropah pada musim 1968 yang mana menyaksikan Manchester United menjulang kejuaraan apabila menumbangkan Benfica 4 - 0... Manakala jersi berwarna merah di sebelah kanan adalah jersi United bagi musim 1973...















Jersi merah di sebelah kiri adalah jersi Manchester United yang digunakan bagi musim 1977... Manakala jersi merah di sebelah kanan pula adalah jersi yang digunakan oleh United bagi musim 1978...



















Bagi jersi berwarna putih di sebelah kiri pula, jersi ini digunakan oleh bintang2 United bagi musim 1983... Manchester United mula ditaja oleh SHARP Electronics pada musim 1982... Dan jersi berwarna merah di sebelah kanan yang masih ditaja oleh SHARP adalah jersi bagi United untuk musim 1985... Antara bintang United yang pernah menyarung jersi United di atas adalah Norman Whiteside, Frank Stapleton dan Mike Duxbury...




















Jersi di atas sebelah kiri berwarna putih digunakan oleh United bagi musim 1990... Manakala jersi Red Devils di sebelah kanan pula digunakan oleh bintang2 United pada musim 1996... Antara bintang Red Devils yang pernah menyarung jersi di atas adalah Bryan Robson, Steve Bruce, Gary Pallister, Paul Ince, Mark Hughes, Andrei Kanchelskis, Lee Sharpe dan juga lagenda no.7 United iaitu Eric Cantona...

















Jersi United di atas di sebelah kiri adalah jersi kebanggaan United apabila menjulang kejuaraan Eropah ke-2 di Nou Camp setelah mengatasi cabaran Bayern Munich dalam perlawanan yang cukup dramatik pada musim 1999... Manakala jersi di sebelah kanan pula adalah jersi penjaga gol Manchester United pada musim 2006... Antara bintang Red Devils yang pernah menyarung jersi di atas adalah David Beckham, Jaap Stam, Dwight Yorke, Andy Cole, Ole Gunnar Solskjaer, David May dan juga Teddy Sheringham... Manchester United mula ditaja oleh American Insurance Group (AIG) pada musim 2006...














Jersi berwarna hitam di sebelah kiri di atas adalah jersi yang digunakan pada musim 2007 yang digunakan pada perlawanan di tempat lawan... Manakala jersi berwarna merah di sebelah kanan adalah jersi utama Manchester United bagi musim 2007...














Jersi berwarna putih di sebelah kiri di atas digunakan oleh pemain2 United bagi musim 2008 terutamanya bagi cabaran Liga Juara-Juara Eropah yang diakhiri dengan kejuaraan Eropah ke-3 selepas mengatasi Chelsea dalam sepakan penalti di Istanbul... Jersi penjaga gol di sebelah kanan pula digunakan bagi musim 2008...













Jersi biru di sebelah kiri di atas pula digunakan oleh bintang2 United bagi musim 2008 juga terutamanya dalam cabaran Liga Juara-Juara Eropah... Manakala jersi Red Devils di sebelah kanan pula digunakan bagi cabaran United selepas United menjuarai Kejuaraan Kelab Dunia FIFA 2009...













Bagi cabaran Manchester United untuk musim 2009/2010, Red Devils akan menggunakan kedua2 jersi di atas... Jersi baru rekaan Nike ini dilancarkan pada 17 Julai 2009 dan akan pertama kali digunakan apabila Manchester United menentang Pilihan Malaysia pada 18 Julai 2009 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur... Antara bintang2 Red Devils yang bakal menyarung jersi di atas adalah Edwin Van der Sar, Gary Neville, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Paul Scholes, Ryan Giggs, Wayne Rooney, Michael Carrick, Dimitar Berbatov dan 3 tonggak baru United iaitu Michael Owen, Antonio Valencia dan Gabriel Obertan...

Sunday, July 12, 2009

SportsLink_Formula One...3rd Grand Prix for Red Bull Renault...Webber's Victory...


Red Bull Renault driver from Australia, Mark Webber had clinched his first victory in history after winning Formula 1 Grosser Preis Santander Von Deutschland 2009 in Nurburgring just now in 60 laps race... Sebastian Vettel also from the Red Bull Renault team who had previously won 2009 Formula 1 Santander British Grand Prix and 2009 Formula 1 Chinese Grand Prix finished second ahead of Filippe Massa from Ferrari... Massa's podium was the 2nd podiums for Ferrari this season after Kimi Raikonnen's 3rd place in Formula 1 Grand Prix De Monaco 2009 on 24 May 2009...


Williams' driver, Nico Rosberg finished fourth in the race ahead of Championship leader, Jenson Button from BrawnGP... This was the second race for Button which he cannot finish on the podium after 2009 Formula 1 Santander British Grand Prix which he just finished on sixth place...


But after 9 races had finished, Jenson Button still leading the overall standing with 68 points, followed by Sebastian Vettel with 47 points and Mark Webber with 45.5 points... Rubens Barrichello now at fourth place in overall standing with 44 points and followed by Filippe Massa with 22 points... For the team's overall standing, BrawnGP still leading with terrific 112 points followed by Red Bull Renault with 92.5 points and Toyota with 34.5 points...


Next race which is will be the 10th races of the season will be located at Budapest, Hungary when Formula 1 ING Magyar Nagydij 2009 will take place on 24 July 2009 till 26 July 2009...

Saturday, July 11, 2009

TraveLogue_Tasik Kenyir...Keindahan Pintu Masuk Taman Negara...


23 Julai 2009 sehingga 25 Julai 2009 ini akan diadakan Perkhemahan Mega Badan Beruniform dan Persatuan SMK (A) Durian Guling, Marang... Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini akan diadakan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman... Program ini adalah antara program rasmi terakhir yang bakal aku ikuti sebelum mengakhiri tempoh perkhidmatan sebagai guru ganti Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan selama 45 hari... Bagi perkhemahan berkenaan, aku telah ditugaskan sebagai Guru Bantuan Kecemasan merangkap guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah walaupun pada dasarnya aku dilantik sebagai guru penasihat Kadet Polis Sekolah...














Tasik Kenyir terletak di daerah Hulu Terengganu merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara selain daripada pintu masuk di Pahang dan di Kelantan... Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara meliputi keluasan 209,199 hektar... Selain aktiviti memancing sebagai aktiviti utama pilihan pelancong, Tasik Kenyir juga mempunyai tarikan lain seperti air terjun yang menarik, taman herba dan botani yang mengagumkan, gua dan juga resort sebagai pilihan dan pemandangan indah untuk dinikmati oleh pelancong dari dalam dan luar negara...













Selepas hampir 10 tahun tidak menjejakkan kaki di Taman Negara, akhirnya 23 Julai 2009 nanti aku akan ke sana lagi...

PoliticScenario_100 Hari di Kerusi Perdana Menteri...Najib di hati Rakyat...


Tanggal 11 Julai 2009 telah genap 100 hari YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 selepas mengambil alih pentadbiran negara dalam situasi yang cukup lancar dan harmoni daripada mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 iaitu Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi di Bangunan Perdana Putra pada 3 April 2009 dan juga mengangkat sumpah taat setia dan sumpah menyimpan rahsia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara...
Sebaik sahaja YAB Datuk Seri Najib memulakan tugas beliau di Pejabat Perdana Menteri, beliau telah melakukan pengumuman pertama bagi membebaskan 13 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Penjara Kamunting di Perak serta turut menegaskan untuk mengkaji keberkesanan dan survival Akta Keselamatan Dalam Negeri pada masa kini... Akta Keselamatan Dalam Negeri diwujudkan bagi memastikan keselamatan negara sentiasa berada pada tahap yang tertinggi...
Selain daripada itu, YAB Datuk Seri Najib juga telah memperkenalkan konsep '1Malaysia : Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan' bagi memastikan kestabilan politik dan hubungan erat antara rakyat pelbagai kaum, bangsa dan agama terus berkekalan... Rakyat juga didahulukan dalam erti kata dari bidang perkhidmatan yang menyaksikan penjawat2 sektor awam terutamanya perlu dan mestilah memberikan penekanan bagi memastikan segala kehendak rakyat dapat dipenuhi dan segala permasalahan rakyat dapat diatasi... Pencapaian dari pelbagai bidang juga akan terus diutamakan bagi memastikan negara Malaysia akan terus berada sebaris dengan negara2 membangun yang lain...
Selain dari itu, YAB Datuk Seri Najib juga telah memperkenalkan konsep 'walkabout' yakni suatu konsep yang memastikan beliau akan sentiasa turun padang bagi melihat dan mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia... Pada hari ke-2 beliau menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia iaitu pada 4 April 2009, YAB Datuk Seri Najib telah melakukan lawatan mengejut ke Kampung Kerinchi, Jalan Petaling dan juga Jalan Tun Sambanthan di Brickfields bagi melihat sendiri situasi semasa di ketiga-tiga lokasi berkenaan... Beliau juga melakukan beberapa lagi lawatan 'walkabout' terutamanya ke Hentian Puduraya dan menyarankan agar Hentian Puduraya dinaiktaraf menjadi terminal kenderaan awam yang terunggul di Malaysia...
Pada 9 April 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan barisan Kabinet baru pimpinan beliau bagi memastikan pentadbiran Kerajaan Malaysia terus efisyen dan relevan... Barisan Kabinet Malaysia yang dianggotai oleh 28 orang Menteri itu didahului oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri... Barisan Kabinet ini juga dikenali sebagai 'Kabinet Rakyat' dalam usaha untuk memastikan aspirasi rakyat Malaysia akan dapat dicapai dan dipenuhi...
Dalam memastikan Menteri2 Kabinet yang dilantik dapat menampilkan prestasi yang cukup jitu dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat, YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan sistem KPI iaitu 'Penunjuk Prestasi Utama'... KPI ini akan memastikan setiap Menteri akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dan permasalahan yang diutarakan oleh rakyat terhadap kementerian masing2...
Dari segi bidang ekonomi pula, YAB Datuk Seri Najib telah melaksanakan pelbagai liberalisasi terutamanya dalam usaha kerajaan bagi menangani masalah ekonomi global yang melanda di seluruh dunia sebaik sahaja YAB Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Tun Abdullah... Sebaik sahaja mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Tun Abdullah, YAB Datuk Seri Najib terus tidak duduk diam bagi memastikan rakyat berjaya melalui masalah ekonomi global ini...
Antara tindakan pertama YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan adalah mengumumkan pelan untuk meningkatkan 27 subsektor ekonomi bagi menjana pasaran Malaysia... YAB Datuk Seri Najib juga telah melaksanakan 2 pakej rangsangan ekonomi yang bernilai RM67 billion bagi memastikan Malaysia dapat keluar dari belenggu krisis ekonomi global pada ketika ini... Selain itu, YAB Datuk Seri Najib juga telah menubuhkan Majlis Ekonomi Negara bagi memastikan kelancaran usaha dan proses untuk memacu ekonomi negara ke tahap yang tertinggi...
YAB Datuk Seri Najib juga berusaha untuk mengkaji semula kadar tol yang dikenakan pada ketika ini terhadap pengguna di semua lebuhraya bagi memastikan rakyat tidak lagi terbeban dengan kos2 penyelenggaraan jalanraya... Beliau turut berjanji untuk memastikan masalah kesesakan lalulintas di semua jalan terutamanya di jalan2 di ibukota dapat diatasi dengan segera oleh Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya agar tidak lagi memberi kesulitan kepada rakyat...
Lawatan pertama YAB Perdana Menteri ke luar negara adalah ke China dan lawatan berkenaan juga mengimbau lawatan pertama ayahanda beliau iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 35 tahun yang lalu... Mesyuarat rasmi pertama di luar negara yang dihadiri oleh YAB Perdana Menteri ialah Sidang Kemuncak ASEAN di Pattaya, Thailand... Pemimpin asing pertama yang melakukan lawatan rasmi terhadap YAB Perdana Menteri di Kuala Lumpur adalah Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajjiva sebaik sahaja Sidang Kemuncak ASEAN di Pattaya berakhir... Selain melakukan lawatan ke China dan Thailand, YAB Datuk Seri Najib turut melakukan lawatan rasmi ke Brunei, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan dalam tempoh masa 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri...
Bagi meningkatkan prasarana dan kemudahan infrastruktur di Sabah, YAB Perdana Menteri telah menyalurkan sebanyak RM240 juta terutamanya bagi membina hospital baru di Kota Kinabalu untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Queen Elizabeth... Selain daripada itu, bagi mengaplikasikan aspirasi '1Malaysia', YAB Perdana Menteri telah mengumumkan untuk menawarkan Biasiswa Nasional untuk semua rakyat tidak mengira bangsa dan kaum yang berkelayakan...
Dalam perhimpunan '100 Hari Najib Bersama Rakyat' yang diadakan di Dewan Konvensyen Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC pada hari ini, YAB Datuk Seri Najib juga telah mengumumkan beberapa pendekatan untuk kesejahteraan rakyat... Yang pertama ialah berkaitan kadar tol di seluruh negara terutamanya bagi mereka yang terpaksa melaluinya setiap hari untuk ke tempat kerja... YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bagi mereka yang membayar tol lebih daripada 50 kali sebulan, akan mendapat diskaun sebanyak 20% mulai September 2009... Yang ke-2 adalah berkaitan dengan penyewa Program Perumahan Rakyat... Mereka semua akan diberi pilihan untuk membeli unit2 berkenaan berbanding daripada hanya menyewa pada ketika ini dan sebanyak 40,000 unit akan ditawarkan...
Yang ke-3 adalah berkaitan dengan peniaga dan penjaja kecil... Bagi peniaga dan penjaja kecil di Wilayah Persekutuan, mereka akan diberi potongan 50% untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka setelah tempoh lesen perniagaan mereka tamat... Peruntukan untuk dana TEKUN juga telah ditambah sebanyak RM150 juta... Yang ke-4 adalah berkaitan dasar permit teksi untuk individu yang menjadikannya sebagai pekerjaan sambilan... Tambahan 3,000 permit akan diberikan kepada individu yang memandu teksi secara kontrak bagi memudahkan mereka untuk menambah hasil pendapatan mereka... Yang ke-5 adalah berkaitan memerangi jenayah dan rasuah yang semakin berleluasa di seluruh negara... YAB Perdana Menteri menyatakan yang hal ini akan diperincikan akhir bulan ini...
Yang ke-6 adalah berkaitan pendaftaran bagi kelahiran baru yang masih belum didaftarkan terutamanya bagi mereka yang berada di Sabah dan Sarawak... Semuanya akan diselesaikan juga menjelang akhir tahun ini... Yang ke-7 adalah berkaitan hal kewarganegaraan yang tertangguh... Segala masalah yang berkaitan dengan taraf kewarganegaraan akan diselesaikan sebelum penghujung tahun ini... Yang ke-8 adalah berkaitan pembangunan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak... Jaringan jalan berturap akan ditingkatkan kpd 1,500 kilometer untuk Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan dibentangkan tidak lama lagi...
Yang ke-9 adalah berkaitan bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak... Hal ini akan ditingkatkan dan akan diperincikan menjelang akhir bulan ini... Yang ke-10 adalah isu yang berkaitan terus dengan generasi muda yang menggunakan motosikal terutamanya kapcai... Yuran mengambil lesen yang kini bernilai RM500 sehingga RM700 ke atas, akan diturunkan kepada RM211 dengan serta merta dengan kerjasama semua sekolah memandu yang berada di Malaysia... Yang ke-11 adalah berkaitan untuk memerangi kemiskinan di bandar... Satu skim baru akan diwujudkan iaitu Amanah Saham 1Malaysia yang akan dilancarkan bagi rakyat berusia 18 tahun ke atas dengan jumlah 10 billion unit...
Sebelum mengakhiri majlis perhimpunan '100 Hari Najib bersama Rakyat', YAB Perdana Menteri telah meluahkan sebuah nukilan hasil ciptaannya sendiri yang bertajuk...
HARAPAN
Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakan tumpah harapan mereka
Kerna
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji
Ayuhlah
Rakan dan taulan
Sahabat dan saingan
Lupakan beda lebihkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan
Kita melangkah sehaluan
1suara, 1impian, 1harapan, 1Malaysia